Akademi Bekerja Di Rumah


Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) adalah sebuah komuniti besar dan berwibawa dalam bidang berkaitan bisnes, kerja dari rumah, blog dan penerbitan ebook. Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) kini merupakan jamaah bisnes online yang kini mempunyai lebih 1000 ahli yang terdiri daripada usahawan, penulis buku dan blogger. 

Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ialah:
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online 
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah 
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan 
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar WAHM (Work At Home Mom) 
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
Di sidebar blog ini anda boleh nampak gambar di atas dengan ayat 'Saya adalah seorang daripada keluarga besar ABDR (^_^)y'. Ya, saya adalah seorang PO (Pengurus Online) dalam  Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad, seorang kolumnis dalam majalah Mingguan Wanita. Beliaulah yang membimbing saya sejak tahun 2009 dahulu dalam bidang penulisan buku. Buku Puan Masayu Ahmad yang berjudul 'Jana RM Dari Rumah' terbit dalam tahun yang sama dengan buku saya yang berjudul 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'. (Diterbitkan oleh KARANGKRAF)

Jika anda berminat untuk menyertai 
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) 
boleh hubungi saya,

Norudin Draman UstazCahaya
di talian berikut

Whatsapp / Telegram:
+6737208462 
(nombor Brunei)

SMS sahaja:
016-8472303 (nombor DiGi Malaysia)