Isnin, Jun 01, 2015

Tidak bolehkah terus ajar baca Quran seperti kaedah iqra?

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #31)
(Untuk join grup, hantar mesej |Dah Baca Quran Belum?| ke nombor +6737208462)
Ini antara perbincangan kami di grup Whatsapp 'Dah Baca Quran Belum?'; tentang asas mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran. KLIK SINI untuk baca entry terdahulu yang berkaitan - Asas Baca Quran Untuk Kanak-kanak (Nama Huruf Hijaiyah)

Tidak bolehkah terus ajar baca
seperti kaedah Iqra?

Mengapa ajar anak nama huruf hijaiyah? Tidak bolehkah terus ajar baca seperti kaedah iqra?

Jawapannya, tidak boleh. Belajar nama huruf hijaiyah adalah syarat pertama untuk belajar Al-Quran. Kenal dan hafal nama huruf terlebih dahulu. 

Mengapa ajar anak nama huruf hijaiyah?

Ada TIGA (3) sebab mengapa kita mesti ajar anak nama huruf hijaiyah sebelum ajar baca Quran:
1. Supaya anak tidak 'feeling confused' semasa belajar jawi; (istilah seorang rakan ustaz dalam grup Whatsapp 'Dah Baca Quran Belum?). 
2. Dalam nama huruf hijaiyah sudah ada beberapa asas tajwid Quran seperti mad asli (panjang pendek), qalqalah, tanwin dan sukun. 
3. Dalam latihan sebut nama-nama huruf hijaiyah; mulut, rongga dan lidah anak sudah 'dilatih' dan 'dilembutkan' untuk membaca Al-Quran dengan tartil (baik).

Perbincangan di grup Whatsapp 
'Dah Baca Quran Belum?'
tentang asas mengajar 
kanak-kanak membaca Al-Quran

DBQB Cik F:

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 
ustaz Norudin Saya ingin bertanya, 
bagaimana nak betulkan sebutan 
'tha' pada murid. 

Sebab bila saya betulkan jadi bunyi 'ka'. 

Kata salah seorang cikgu lidahnya 
perlu diasah untuk betulkan sebutan.  
Macam mana ya ustaz.

NorudinDramanUstazCahaya: 

Memang syarat nak belajar 
Quran mesti kenal huruf dulu

DBQB Cik F: 

Benar. Murid tak kenal huruf. 
Bila diajar jawi pula mereka keliru.

DBQB Ustaz F: 

Huruf JIM, dipanggilnya Huruf JA, 
Feeling CONFUSED anak2 murid ni

NorudinDramanUstazCahaya: 

Asah lidah yang sebutan. 
Murid mesti hafal 
nama-nama huruf hijaiyah.

DBQB Cik F: 

Ohhhh begitu.  
Dah ada dua org yg dengar ustaz. 
Keputusannya sama.

Alhamdulillah.  
Terima kasih ya ustaz 
berkongsi caranya. 
In sya Allah saya 
cuba praktikkan.

NorudinDramanUstazCahaya: 

Sebelum guna iqra 1 saya ajar murid 
hafal nama huruf dulu

DBQB Ustaz F: 

Kenalkan Huruf dulu, 
baru dieja & baca...

DBQB Cik F: 

Terima kasih atas 
perkongsian maklumat.  
Alhamdulillah.

NorudinDramanUstazCahaya: 

Dalam nama huruf tu dah ada 
beberapa basic baca Quran seperti 
basic mad panjang pendek, 
qalqalah, sukun.

Tiada ulasan: