Khamis, Jun 04, 2015

Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran dan Berpuasa

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #42)



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih)


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
(Salam sejahtera kepada kamu)

Saudaraku yang dikasihi Allah SWT.
Ayuh kita bermula....


Bermula Ramadan tahun 1436 ini, 
kita mulakan ikhtiar kita. 

Ikhtiar untuk didik anak kita hafal ayat Al-Quran 
yang pendek ini. Dalam masa yang sama,
kita didik anak berpuasa 

dengan kesedaran anak kita sendiri;
bahawa dia berpuasa untuk memenuhi 'tuntutan' ayat ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ 
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang beriman, diwajibkan bagi kamu puasa;
sama seperti diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu
supaya kamu bertakwa.

(Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 183)

Insya Allah. Bermula dengan latihan yang 'pendek' ini, nantinya kita akan mendidik anak dengan hafalan ayat-ayat Al-Quran yang lain dalam siri Teknik MAK. 

Sebagaimana yang saya katakan bahawa:


"Dalam Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran
kita bukan sahaja didik anak hafal Quran; 
Insya Allah, kita juga cuba bentuk peribadi anak 
dengan menggunakan hafalan yang sudah dihafal oleh anak".

Insya Allah.

Sempena Ramadan 1436 Hijrah yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, saya akan edarkan rakaman audio dan video penerangan Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran dan Berpuasa


Semoga diizinkan Allah SWT.

آ مين امين امين يا ب العالمين

اس تجب د اءنا يا لله


Tengok-tengok dahulu....


Berikut adalah antara bahan (foto) yang akan kita gunakan dalam projek Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran dan Berpuasa sempena Ramadan 1436 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi.


Jika tidak mahu ketinggalan, 

jemput 'like dan follow' 
serta 'get notification' 
laman page Facebook 
Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran


Baca online:
http://bitly.com/ebookteknikmakonline

Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: