Isnin, Jun 01, 2015

"Pada saya teknik 'subconscious mind' ini popular dan berkesan"

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #30)




Ini antara komen awal tentang Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran dari seorang ibu yang saya pilih untuk hadiahkan ebook ini.

Komen tentang 
Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran

Alhamdulillah ustaz...saya sudah baca. Kagum dan tersentuh hati kecil saya. 

Saya akan panjangkan usaha ustaz kepada insan lain dan semoga ia menjadi batu pemberat dalam timbangan ustaz di sana nanti. InsyaAllah.

Pada saya teknik 'subconscious mind' ini popular barat. Memang ternyata berkesan dalam mengaktifkan minda bawah sedar anak dalam pelajaran, malah pada pembentukkan tingkah laku, moral dan disiplin diri.

Malah untuk anak dewasa sekali pun, kita mungkin boleh mencadangkan pendekatan mainkan tape recorder semasa anak remaja mahu tidur. Mainkan dan minda bawah sedar akan melalukan kerja hafazan.

Ustaz terfikir untuk kembangkan kaedah ini di rumah anak tahfiz? Untuk saya sendiri juga sangat bagus kerana saya masih berusaha menghafal surah al-mulk tetapi masih kelabu asap.

MAK...saya suka acronym ini. A...aktifkan bacaan anak boleh dibuat secara santai sahaja pada anak kecil seperti ustaz sarankan di dalam kereta, sebelum makan, semasa buat kerja rumah bersama dan di mana sahaja.

Kekalkan boleh dibuat bersama selepas waktu solat magrib. Saya sarankan waktu magrib dan isyak jangan dipenuhi dengan aktiviti lain selain mengaji, hafazan dan tazkirah. Ini adalah masa emas pada saya dan anak-anak.

Alhamdulillah, saya akan mencuba pendekatan ini dengan anak perempuan. Selama ini dia hanya membaca surah lazim setiap kali lepas solat magrib.

Syukran, moga tuhan membalas usaha ustaz dan saya minta izin untuk berkongsi naskah mulia ini bersama rakan dan taulan.

Amiin.

____________________________________________________________

Teknik M.A.K. untuk
Didik Anak Hafal Quran


Download ebook: 

Cara download ebook:

Info ebook:

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran

Tiada ulasan: