Selasa, Jun 02, 2015

Cerita Ketam Tengah Bulan

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #41)

Kisah malam tadi di grup whatsapp 'Dah Baca Quran Belum?'.

Mesej saya di grup Whatsapp
'Dah Baca Quran Belum?'

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Salam nisfu Syaaban 
saudaraku di sini :)

Orang kata, masa macam ni 
sesuai beli ketam 
sebab isinya penuh. Hehe :)

Walaupun ini bukan fakta dari kajian psikologi kanak-kanak. Cuma pengalaman saya bersama adik bongsu, sepupu sepapat dan anak-anak murid. Namun, boleh dikatakan kanak-kanak mudah dipengaruhi dengan kaedah perkaitan seperti itu.

Dalam budaya kita kan ada banyak petua, alamat, pepatah, peribahasa dan lain sebagainya. Dalam Quran juga guna perumpamaan. Gaya Rasulullah (saw) didik para sahabat juga Baginda guna perumpaan.

Sebab itu pada zaman kegemilangan Islam dulu, lahir anak-anak genius seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Farabi dan Al-Khawarizmi. Sebab mereka dididik dengan Quran sejak usia awal. Mereka bukan sahaja hafal Quran. Malah mereka "jawab" ajakan dalam Quran yang menyuruh perhatikan kejadian alam seperti matahari, bulan, bintang dan kaitkan dengan kehidupan.

Perkongsian saya seterusnya dikongsikan oleh seorang ahli grup whatsapp 'Dah Baca Quran Belum?' sebagai perkongsian pagi di Facebook beliau. 

Di sini saya kongsikan perkongsian saya itu.




PERKONGSIAN PAGI

Jangan Hanya Tengok Tapi Cuba PerHATI

Dalam al-Quran, banyak gesaan supaya manusia memerhatikan cakerawala. Al-Quran menggesa manusia memerhati kan bumi dengan segala isinya, bulan, matahari, bintang dan langit. Memerhati bermaksud melihat, mengkaji dan memikirkan.

Peredaran bumi, bulan dan matahari menggilirkan siang dan malam dalam sehari-hari kehidupan manusia. Pertukaran siang dan malam yang berlaku hari demi hari mencetuskan ilmu perhitungan masa dan tarikh dalam tamadun hidup manusia.

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini yang pasti akan menuju ‘mati ’, sayangnya, ramai manusia terleka daripada memerhati kan peredaran masa. Peredaran bumi, bulan dan matahari bermakna beredarnya masa dan hari.

Al-Quran banyak mengingatkan manusia untuk menghargai masa. Jika kita hanya melihat kepada langit, bumi, bulan, bintang dan matahari, kita mungkin tidak mendapat apa-apa. Namun, jika kita memerhati peredaran objek-objek alam tersebut, hati kita menjadi teringat kepada masa yang tetap beredar dan meninggalkan kita.

Kesedaran hati tentang masa yang terus beredar itu akan mengingatkan kita untuk berhati -hati dalam menggunakan masa keti ka hidup di dunia ini.

Pemerhatian kepada peredaran bulan dan matahari menyumbang kepada penciptaan sistem masa dan kalendar dalam tamadun manusia.
Mari kita perhatikan; dengan adanya sistem masa, tarikh dan kalendar dalam tamadun manusia, manusia mendapat banyak manfaat. Salah satu manfaatnya ialah kepada bidang sejarah.

Sebagai manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah ini, kita wajib mempelajari sejarah manusia. Al-Quran banyak mengajak kita mengenang sejarah dan al-Quran juga banyak menceritakan kepada kita tentang sejarah.

Banyak faedah daripada mempelajari sejarah. Antaranya ialah supaya kita berhati -hati dalam hidup ini agar kita tidak mengulang sejarah buruk dan agar hati bermotivasi untuk mengukir sejarah yang lebih hebat dan lebih indah.

Memerhati kan objek di langit adalah galakan daripada Allah kepada manusia untuk mengkaji ilmu alam berkaitan langit, matahari, bulan dan bintang; dan merupakan ajakan kepada umat Islam untuk menyaksikan fenomena alam cakerawala.

Dengan keperluan itu, kita akan menyaksikan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah yang mengatur sistem cakerawala. Sewajarnya, ilmu tentang langit, bulan dan bintang menumbuhkan iman dan takwa ke dalam hati manusia kerana di sana ada tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Pencipta.

Dalam sejarah dunia, ramai cendekiawan dan ahli ilmu berkaitan bulan, bintang, matahari dan langit terdiri daripada umat Islam. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Nasiruddin Al-Tusi dan ramai lagi.

Penguasaan kepada bidang ilmu ini menjadikan sesuatu bangsa itu hebat dan disegani sebagaimana umat Islam pada suatu masa dahulu.
Oleh sebab itu, kita sebagai ibu dan bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak agar membesar menjadi ilmuwan yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.

Dari buku 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' penulis Norudin Draman UstazCahaya. Buku diolah dari blog www.ustazcahaya.com



Baca online:
http://bitly.com/ebookteknikmakonline

Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: