Selasa, Jun 02, 2015

Baca online ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran (Siri 6)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #37)

Entry ini adalah siri keenam (Siri 6) daripada lapan (8) siri entry yang merupakan print screen dan copy paste dari ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

Panduan dan tip terkini dari semasa ke semasa boleh diikuti di laman Facebook Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran <- KLIK untuk ke laman Facebook tersebut. 

Skrol ke bawah entry ini ada senarai kandungan dalam ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)


Contoh 3: Didik anak
Tentang Hidup dan Mati


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Setakat ini, saya percaya anda sudah ingat bahawa Teknik M.A.K. adalah singkatan dari tiga langkah didik anak hafal dan amal Al-Quran, iaitu:

1. M – Masukkan hafalan.
2. A – Aktifkan hafalan.
3. K – Kekalkan hafalan.

Seperti biasa, syaratnya ibu dan bapa sudah hafal sebelum didik anak hafal. Insya Allah, doa bangun tidur ini kita semua sudah hafal, kan? 

Hehe ;)

Bismillah, mari kita bermula. 

M – Masukkan hafalan 

Seperti biasa, bisikkan ayat ini di telinga anak pada waktu anak sedang nyenyak tidur. Walaupun ini doa bangun tidur ya. Hehe :)

Ini teknik hipnosis. Memang anak tidak faham dan tidak dengar apa-apa sewaktu anak tidur. Tugas ibu dan bapa sebagai pendidik paling awal kepada anak ialah memberi input kepada minda anak. 

Masukkan input-input yang baik ke dalam minda anak. Insya Allah, bermula usia tiga tahun pula, anak sudah boleh dibawa menghafal doa. Sungguhpun begitu, jangan berhenti beri input kepada anak semasa anak sedang tidur. Malah, „bicara ketika anak tidur‟ ini adalah sebuah saluran kasih sayang ibu bapa dan anak. 

Lebih-lebih lagi pada anak usia satu hari sehingga lima tahun*. Fasa ini adalah fasa yang sangat penting dalam proses pendidikan dan pembentukan sahsiah anak; dan ini adalah sumbangan paling besar dari seorang insan bergelar ibu. Ibu sebagai guru pertama seorang insan muslim dan muslimah. 

*Tahap ini adalah fasa pertama dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut Jean-Jacques Rousseau (1712-1778).


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

A – Aktifkan hafalan. 

Ini satu cara anak belajar bahasa Arab bersama menghafal doa. 

Potong-potong doa menjadi perkataan pendek. Contoh Alhamdulillahilazi-ahyana-. Gunakan potongan-potongan tersebut untuk asa ajar bahasa Arab kepada anak. Contohnya, perkataan 'ahyana' dalam bahasa Arab maksudnya 'menghidupkan kami'. 

Ketika anak bangun tidur, anak baca doa bangun tidur bersama maksud terjemahannya. Dalam sesi lain, tanya anak doa bangun tidur ini hadis riwayat imam hadis bernama siapa? Ini untuk membiasakan anak dengan nama imam-imam hadis. Juga, ulang hafalan potongan-potongan perkataan dalam doa ini untuk asas belajar bahasa Arab kepada anak. 

Pentingnya input awal ini ialah, supaya anak mesra dengan perkataan bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran. Nantinya, bila tiba masa untuk mengajar anak membaca Al-Quran, bunyi bahasa Arab ini tidak lagi menjadi sesuatu yang asing kepada anak. Walaupun anak tidak faham bahasa Arab tetapi bunyi bahasa Arab sudah terbiasa pada pendengarannya. 

K – Kekalkan hafalan 

Pada usia satu hari hingga dua tahun, ketika anak bangun tidur, ibu bacakan doa bangun tidur. Kemudian ibu 'berbicara' dengan anak tentang Allah yang menghidupkan dan mematikan. Sesungguhnya ini adalah proses memberi input yang baik ke dalam minda anak. 

Bermula usia tiga tahun pula, ibu sudah boleh berbicara dan bertanya kepada anak, "Ini doa siapa?". 

Didik anak dengan jawapan, "Ini doa Nabi ketika bangun tidur". 
Kemudian ibu tanya lagi, "Siapa nabi kita?". 

Didik anak jawab, "Nabi Muhammad (saw).


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Esok dan hari berikutnya 'ubah' dan dan ada harinya 'ulang semula'. Mungkin bukan setiap hari, boleh dua tiga hari sekali. Ia perlukan maklumat yang sangat asas dan sedikit kreativiti ibu. Proses ini sangat penting sebagai input awal. 

Ketika anak berusia enam dan tujuh tahun nanti, 'bicara bangun tidur' ini akan meningkat ke tahap seterusnya. Namun ulangan kepada input yang kita beri ketika anak berusia satu hari hingga dua tahun. (Kita bincangkan itu dalam entri yang lain, Insya Allah). 

Bermula usia enam tahun juga, anak sudah boleh mula diberi kefahaman tentang hidup dan mati. Didik anak untuk faham tentang mati. Supaya anak tahu antara tujuan hidup ini adalah sebagai ladang yang akan menentukan masa depan selepas mati. 

Kebiasaan kita (dunia, sistem dan diri kita sendiri), mendidik anak hanya merancang hidup dan mengejar hidup. Sejak kecil anak terdidik hanya fokus membina 'hidup' (dunia) dengan sangat sedikit diberi pendedahan dan didikan untuk merancang 'hidup selepas mati'. 

Kita tidak jenuh pesan kepada anak supaya belajar baik-baik supaya besar nanti berjaya. Berjaya dalam maksud dapat kerja baik, berkeluarga kemudian beranak dan mengulang lagi apa yang kita lakukan. 

Mari, kita ubah dengan cara yang lebih baik. Sejak usia awal anak, kita didik anak 'kejar akhirat'. Insya Allah, 'anak yang kejar akhirat', adalah anak yang akan berjaya dunia akhirat. Sebaliknya, anak yang dibesarkan dan terdidik dengan 'kejar dunia', mungkin nanti kita orang tuanya pun akan ditinggalkannya ketika dia mengejar dunia.


Senarai kandungan ebook percuma 

Teknik M.A.K. untuk 
Didik Anak Hafal Quran

(KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca)


1. Percuma Tanpa Syarat
(KLIK SINI untuk baca)

2. Saya Cuma Ada Tupperware
(KLIK SINI untuk baca)

3. Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran 
(KLIK SINI untuk baca)

4. Contoh 1: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

5. Contoh 2: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

6. Contoh 3: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

7. 13 Hafalan Pertama
(KLIK SINI untuk baca)

8. Sharing is Sunnah
(KLIK SINI untuk baca)


Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: