Selasa, Jun 02, 2015

Baca online ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran (Siri 5)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #36)


Entry ini adalah siri kelima (Siri 5) daripada lapan (8) siri entry yang merupakan print screen dan copy paste dari ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

Panduan dan tip terkini dari semasa ke semasa boleh diikuti di laman Facebook Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran <- KLIK untuk ke laman Facebook tersebut. 

Skrol ke bawah entry ini ada senarai kandungan dalam ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca.

(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Dalam contoh kedua ini, kita guna Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran dengan ayat 25 hingga ayat 28 dalam surah Taha. Ayat ini adalah doa Nabi Musa yang kita juga kenali sebagai 'Doa Penerang hati'.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Sebelum kita mula, semoga kita ingat Teknik M.A.K. adalah singkatan dari tiga langkah didik anak hafal dan amal Al-Quran, iaitu:

1. M – Masukkan hafalan.
2. A – Aktifkan hafalan.
3. K – Kekalkan hafalan.

Juga, syarat dalam teknik ini ialah ibu bapa mesti hafal terlebih dahulu. Bermakna, ibu bapa mesti hafal dulu ayat 25 hingga ayat 28 dalam surah Taha sebelum didik anak hafal dan amalkan ayat ini. 

M - Masukkan Hafalan 

Masukkan hafalan ke dalam minda bawah sedar anak semasa anak sedang tidur. 

Apa keistimewaan masa anak sedang tidur? 

Ketika sedang tidur otak anak sedang berada dalam fasa gelombang alfa dan gelombang theta. Fasa otak dengan gelombang ini juga dikenali sebagai 'fikiran bawah sedar'. 

Menurut pakar perkembangan otak kanak-kanak, fasa gelombang alfa dan theta merupakan fasa di mana kanak-kanak belajar dengan cepat dan mudah menerima nasihat dan arahan yang diberikan kepada mereka. 
Berapa kali proses ini dilakukan? 40 kali adalah yang terbaik. Kata guru Al-Quran saya dulu jika baca 40 kali satu ayat, sebenarnya ayat itu sudah masuk otak (minda bawah sedar). Bukan bermaksud 40 hari ya. Jika waktu anak tidur boleh baca 10 kali, 4 malam sudah 40 kali. 


* Walaupun ini bukan fakta dari kajian saintifik, namun saya 'yakin' kepada guru Al-Quran saya yang merupakan seorang hafiz Al-Quran itu.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

A - Aktifkan Hafalan 

Aktifkan hafalan ketika anak jaga. Aktifkan hafalan adalah sesi menghafal yang khusus. Sesuai dibuat selepas solat subuh selama 10 hingga 15 minit. Selepas 20 minit minda anak mula 'lari'. 

Potong ayat kepada perkataan pendek dan baca tujuh kali sambil anak menghafal (aktifkan hafalan). 



قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Satu sesi lagi dalam langkah aktifkan hafalan ialah sesi memperkukuhkan hafalan. Sesi ini sesuai dilakukan pada waktu malam. Ulang hafalan yang dihafal oleh anak subuh tadi; betulkan yang salah dan tambah yang kurang. 

K - Kekalkan Hafalan 

Kekalkan hafalan dengan sesi tasmik dan kaitkan ayat hafalan dalam aktiviti seharian bersama anak. Selain sesi khusus (contohnya lepas solat) untuk semak ulang (tasmik) hafalan anak; ibu juga boleh uji hafalan anak pada waktu lain. 

Contohnya, dalam kereta semasa perjalanan menghantar anak ke sekolah. Ayah tanya anak, 


"Nanti di sekolah, setiap kali sebelum tukar cikgu, 
apa doa yang Amir baca?"


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Anak jawab dengan berdoa menggunakan hafalan ayat 25-28 surah Taha dalam contoh kita ini. 

Contoh lain lagi untuk mengaitkan hafalan dengan kehidupan seharian. Satu malam, ketika buat kerja rumah, ada soalan matematik yang anak rasa susah nak selesaikan. 

PENTING: Walaupun ayah dan ibu tahu cara menyelesaikannya; jangan terus bantu anak. Sebelum bantu, suruh anak doa dulu dengan ayat Al-Quran yang dia sudah hafal ini. Maksud ayat ini ialah: 


"Wahai Tuhanku, lapangkan dadaku, dan mudahkan urusanku, 
dan lembutkan lidahku, supaya mereka faham percakapanku”. 

Selepas anak berdoa, barulah kita bantu anak selesaikan masalah anak tersebut. Jadi, kita didik anak selesaikan masalah dengan berdoa dan dengan ayat Al-Quran. 

Insya Allah, dengan Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran ini; semoga kita bukan sahaja mendidik anak yang hafal Al-Quran malah juga, kita membentuk anak berperibadi unggul yang tidak takut kepada masalah. Anak yang bila ada masalah, dia sudah didik dan dibiasakan untuk berdoa dan mencari penyelesaian dengan Al-Quran.

Senarai kandungan ebook percuma 

Teknik M.A.K. untuk 
Didik Anak Hafal Quran

(KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca)


1. Percuma Tanpa Syarat
(KLIK SINI untuk baca)

2. Saya Cuma Ada Tupperware
(KLIK SINI untuk baca)

3. Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran 
(KLIK SINI untuk baca)

4. Contoh 1: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

5. Contoh 2: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

6. Contoh 3: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

7. 13 Hafalan Pertama
(KLIK SINI untuk baca)

8. Sharing is Sunnah
(KLIK SINI untuk baca)


Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: