Selasa, Jun 02, 2015

Baca online ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran (Siri 4)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #35)


Entry ini adalah siri keempat (Siri 4) daripada lapan (8) siri entry yang merupakan print screen dan copy paste dari ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

Panduan dan tip terkini dari semasa ke semasa boleh diikuti di laman Facebook Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran <- KLIK untuk ke laman Facebook tersebut. 

Skrol ke bawah entry ini ada senarai kandungan dalam ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)


3 Contoh Cara Amalkan
Teknik M.A.K.

Contoh 1: Didik anak
soleh dan solehah
sejak usia satu hari

Ajar Bayi Doa Ibu Bapa Sejak Berusia Satu Hari 

Pakar pendidikan awal kanak-kanak sepakat mengatakan bahawa pendidikan awal kanak-kanak bermula sejak anak berumur satu hari. Justeru, ayat 24 dalam Surah Al-Isra, patut menjadi antara hafazan paling awal untuk bayi kita. 

Dalam bab ini, mari kita cuba Teknik M.A.K. untuk didik anak soleh dan solehah bermula sejak usia anak satu hari. Kita gunakan ayat 24 dalam Surah Al-Isra. Syaratnya, ibu bapa hafal dahulu ayat tersebut. 

Sebelum kita mula, mari kita ingat kembali tentang ini. Teknik M.A.K. adalah singkatan dari tiga langkah didik anak hafal dan amal Al-Quran, iaitu:

1. M – Masukkan hafalan.
2. A – Aktifkan hafalan.
3. K – Kekalkan hafalan.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Ibu bapa mesti hafal dulu ayat ini. 

Iaitu ayat 24 surah Al-Isra.


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

"Dan rendahkan dirimu terhadap kedua-duanya (ibu bapa) 
dengan penuh kasih sayang dan ucapkan; 
'Wahai Tuhanku, sayangilah kedua-duanya 
sebagaimana mereka berdua telah menyayangi 
aku pada waktu kecil'." 

(Al-Quran, Surah Al-Isra : Ayat 24)

M - Masukkan Hafalan 

(Langkah ini dilakukan oleh bapa ketika ibu belum boleh solat).

Semasa anak sedang tidur, bacakan di telinga anak ayat ini. Berbisik sahaja ya. Jangan pula baca dengan tarannum sampai bayi terkejut dan menangis, kita sendiri juga yang susah nantinya. 

Hehe :)

Selepas baca 3 hingga 9 kali, kucup ubun-ubun anak. Masa tu niat dan doalah semoga ayat yang dibisikkan tadi masuk ke minda dan hati anak. Doa juga semoga anak itu menjadi anak yang baik seperti yang diperintahkan Allah SWT dalam ayat itu; 


"Dan rendahkan dirimu terhadap kedua-duanya (ibu bapa) 
dengan penuh kasih sayang dan ucapkan; 
'Wahai Tuhanku, sayangilah kedua-duanya sebagaimana mereka berdua
telah menyayangi aku pada waktu kecil'." 


Semasa anak tidur, otak anak sedang berada dalam fasa gelombang alfa dan gelombang theta. Menurut pakar perkembangan otak kanak-kanak, fasa gelombang alfa dan theta merupakan fasa di mana kanak-kanak belajar dengan cepat dan mudah menerima nasihat dan arahan yang diberikan kepada mereka.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

A - Aktifkan Hafalan 

Aktifkan hafalan ketika anak jaga. Jika pada malam harinya kita bisikan ayat 24 surah Al-Isra di telinga anak sewaktu anak sedang tidur, langkah ini pula kita lakukan ketika anak jaga. 

Sekali-sekala bacakan ayat ini kepada anak sejak anak berumur satu bulan. (Atau tunggu ibu sudah boleh solat). Insya Allah, menjelang usia 12-16 bulan anak sudah boleh mengajuk cakap ibu dan bapa. Ketika anak sudah boleh mengajuk percakapan ibu bapa, latih anak ajuk ayat ini dengan terjemahannya. 

Diakui, bayi tidak akan dapat mengajuk dengan betul. Memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi latihan awal ini memudahkan anak menghafal bermula usia tiga tahun. 

Bayi belajar dari pendengaran. Kemahiran bahasa bayi berkembang dengan mendengar perbualan orang lain dan „perbualan ibu bapa dengan bayi‟. Sekali sekali kita "au chak – chak ba‟ dengan bayi; sekali sekali bacakanlah ayat-ayat yang memang kita rancang untuk anak kita itu hafal nanti. 

K - Kekalkan Hafalan 

Kekalkan hafalan dengan mengaitkan ayat hafalan dalam aktiviti seharian bersama anak. Contohnya, ketika bayi kita „mengamuk‟, iaitu menangis pada waktu tengah malam. 

Pujuk bayi dengan bacakan ayat 24 surah Isra ini. Beritahu bayi, masa ini ibu sanggup bersenggang mata layan bayi menangis hingga ibu tidak tidur malam. Sudah besar nanti, semoga bayi ingat inilah kasih sayang ibu waktu anak masih kecil. Beritahu bayi, sudah besar nanti jangan meninggi suara kepada ibu dan bapa.

Senarai kandungan ebook percuma 

Teknik M.A.K. untuk 
Didik Anak Hafal Quran

(KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca)


1. Percuma Tanpa Syarat
(KLIK SINI untuk baca)

2. Saya Cuma Ada Tupperware
(KLIK SINI untuk baca)

3. Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran 
(KLIK SINI untuk baca)

4. Contoh 1: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

5. Contoh 2: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

6. Contoh 3: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

7. 13 Hafalan Pertama
(KLIK SINI untuk baca)

8. Sharing is Sunnah
(KLIK SINI untuk baca)


Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: