Selasa, Jun 02, 2015

Baca online ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran (Siri 3)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #34)

Entry ini adalah siri ketiga (Siri ) daripada lapan (8) siri entry yang merupakan print screen dan copy paste dari ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

Panduan dan tip terkini dari semasa ke semasa boleh diikuti di laman Facebook Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran <- KLIK untuk ke laman Facebook tersebut. 

Skrol ke bawah entry ini ada senarai kandungan dalam ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)
"Dalam Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran
kita bukan sahaja didik anak hafal Quran; Insya Allah, kita juga cuba bentuk peribadi anak dengan menggunakan hafalan yang sudah dihafal oleh anak"

(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Dalam Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran, kita bukan sahaja didik anak hafal Quran; Insya Allah, kita juga cuba bentuk peribadi anak dengan menggunakan hafalan yang sudah dihafal oleh anak. 

Insya Allah, mari kita bermula sekarang. Ibarat kata orang kampung mereka yang berbunyi „walk the talk‟. Bukan berjalan sambil bercakap, hehe. Dalam bahasa kampung mereka maksudnya yang saya faham, “Amalkan apa yang kita bincangkan”. 

Dengan lafaz basmallah, Bismillahirrahmanirrahim. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih. 

Niat didik anak hafal dan amal 

Pertama sekali, pasang niat kita. Bahawa kita mahu didik anak dengan ayat Al-Quran, hadis Nabi Muhammad (saw) dan doa-doa Baginda Nabi (saw). 

Inilah antara usaha kita untuk didik dan besarkan anak yang soleh. 
Inilah antara ikhtiar kita untuk tunaikan amanah dari Allah sebagai ibu bapa. 

Inilah antara hak anak yang kita tunaikan kepada anak iaitu hak anak untuk mendapat didikan agama; 

dan inilah antara sumbangan kita kepada umat dengan memberi kepada umat anak generasi yang di hati dan minda mereka ada Al-Quran dan Al-Hadis.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

3 Langkah didik anak hafal 
dan amal Al-Quran 

Insya Allah, mari kita cuba fahami tiga langkah Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. Jika ada yang tidak jelas jangan segan dan keberatan untuk hubungi saya. 

Insya Allah saya akan cuba terangkan dan bimbing tuan puan yang mahu mula gunakan teknik ini. Insya Allah, bimbingan saya percuma tanpa sebarang syarat. Hubungi saya di talian telefon +6737208462 (nombor Brunei) melalui kemudahan SMS, Whatsapp atau Telegram. Boleh juga mesej inbox saya di Facebook (www.facebook.com/norudindraman) atau email saya di alamat norudindraman@gmail.com 

Teknik M.A.K. adalah singkatan dari tiga langkah didik anak hafal dan amal Al-Quran, iaitu:
1. M – Masukkan hafalan. 
2. A – Aktifkan hafalan. 
3. K – Kekalkan hafalan.
M - Masukkan Hafalan 

Masukkan hafalan ke dalam minda bawah sedar anak semasa anak sedang tidur. Ketika sedang tidur otak anak sedang berada dalam fasa gelombang alfa dan gelombang theta. 

Fasa otak dengan gelombang ini juga dikenali sebagai 'fikiran bawah sedar'. Menurut pakar perkembangan otak kanak-kanak, fasa gelombang alfa dan theta merupakan fasa di mana kanak-kanak belajar dengan cepat dan mudah menerima nasihat dan arahan yang diberikan kepada mereka.

(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Berapa kali proses ini dilakukan? 

40 kali adalah yang terbaik. Kata guru Al-Quran saya dulu jika baca 40 kali satu ayat, sebenarnya ayat itu sudah masuk otak (minda bawah sedar). Bukan bermaksud 40 hari ya. Jika waktu anak tidur boleh baca 10 kali, 4 malam sudah 40 kali. Insya Allah. 

* Walaupun ini bukan fakta dari kajian saintifik, namun saya 'yakin' kepada guru Al-Quran saya yang merupakan seorang hafiz Al-Quran itu. 

A - Aktifkan Hafalan 

Aktifkan hafalan ketika anak jaga. Jika pada malam harinya kita bisikan ayat hafalan di telinga anak sewaktu anak sedang tidur, langkah ini pula kita lakukan ketika anak jaga. 

Aktifkan hafalan adalah sesi menghafal yang khusus. Sesuai dibuat selepas solat subuh selama 10 hingga 15 minit. Selepas 20 minit minda anak mula 'lari'. 

Potong satu ayat hafalan kepada perkataan pendek dan baca tujuh kali sambil anak menghafal. 

Contoh:

 اخْفِضْ لَهمُمَا | جَنَاحَ الذُّ ل | مِنَ الرَّحَْْ | قمُلْ ب ا حَْْهمُمَا | كََمَ ب انِِ صَغِيرًا

Satu sesi lagi dalam langkah aktifkan hafalan ialah sesi memperkukuhkan hafalan. Sesi ini sesuai dilakukan pada waktu malam. 

Contohnya subuh tadi anak sudah berjaya menghafal satu ayat. Ulang hafalan yang dihafal oleh anak sambil betulkan yang salah dan tambah apa yang kurang.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)
K - Kekalkan Hafalan 

Kekalkan hafalan dengan selalu meminta dan mendengar anak mengulang apa yang sudah dihafalnya. Juga, kaitkan ayat hafalan dalam aktiviti seharian bersama anak. 

Contohnya, ketika anak mahu keluar kereta masa ibu menghantar anak ke sekolah. Anak mahu salam tangan ibu dan cium ibu tetapi ibu tahan dulu. Ibu cakap kepada anak; 


"Sebelum ibu lepaskan anak ibu ke sekolah, 
ibu nak anak ibu doakan ibu dulu dengan ayat Al-Quran" 

Anak jawab dengan berdoa menggunakan hafalan ayat 24 surah Al-Isra dalam contoh kita ini. 

Contoh lain lagi untuk mengaitkan hafalan dengan kehidupan seharian; katakan anak tidak mahu disuruh oleh ibu untuk membuat sesuatu. 
Contohnya ibu minta anak susun kasut di almari kasut. Anak beralasan dan bertangguh. Ibu cuba bersabar dulu (sambil dalam hati kata, 'Ai chobaan, ini semua chobaan'. 

Hehe). 

Sentuh anak dan ingatkan anak dengan ayat hafalan ini dan terjemahannya.


Norudin Draman UstazCahaya

Syaaban 1436/ Mei 2015,
Kampong Sengkurong,
Negara Brunei Darussalam.


Senarai kandungan ebook percuma 

Teknik M.A.K. untuk 
Didik Anak Hafal Quran

(KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca)


1. Percuma Tanpa Syarat
(KLIK SINI untuk baca)

2. Saya Cuma Ada Tupperware
(KLIK SINI untuk baca)

3. Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran 
(KLIK SINI untuk baca)

4. Contoh 1: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

5. Contoh 2: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

6. Contoh 3: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

7. 13 Hafalan Pertama
(KLIK SINI untuk baca)

8. Sharing is Sunnah
(KLIK SINI untuk baca)


Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: