Selasa, Jun 02, 2015

Baca online ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran (Siri 2)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #33)



Entry ini adalah siri kedua (Siri 2) daripada lapan (8) siri entry yang merupakan print screen dan copy paste dari ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

Panduan dan tip terkini dari semasa ke semasa boleh diikuti di laman Facebook Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran <- KLIK untuk ke laman Facebook tersebut. 

Skrol ke bawah entry ini ada senarai kandungan dalam ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Saya Cuma Ada Tupperwear

Insya Allah, saya pasti anda pembaca pernah mendengar hadis Nabi Muhammad (saw) tentang anak ibarat kain putih yang diriwayatkan oleh dua imam hadis besar iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim. 

Juga, para ibu dan suri ummah pasti sangat kenal dengan apa yang dipaparkan dalam gambar di bawah ini, iaitu produk botol minuman jenama Tupperware. Jenama yang sudah pasti popular di kalangan para ibu. Insya Allah, sebelum kita 'belajar' Teknik M.A.K. untuk Didik Hafal Quran; dalam bab ini kita 'lihat' dahulu kias ibarat ibu dan anak dengan botol minuman. (Kias ibarat atau dalam bahasa moden disebut sebagai 'analogi').

(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Anak
umpama sebiji botol. 

Baik buruk, dosa pahala, manfaat mudaratnya; bergantung kepada air apa yang ada dalam botol itu. 

Pertama
air apa dalam botol itu? 

Ibu dan bapa adalah guru pertama anak. Boleh dikatakan semua pakar pendidikan awal kanak-kanak sepakat mengatakan pendidikan anak bermula dari saat anak itu dilahirkan. 

Kedua
air dalam botol adalah antara bekalan perlu dalam sebuah perjalanan. 

Anak adalah amanah bagi ibu dan bapa. Malah dalam bab sebelum ini tadi, ada saya bawakan sebuah hadis tentang selepas mati anak Adam semua amalannya putus kecuali tiga; salah satunya ialah 'doa anak yang soleh yang mendoakan mereka'. 

Malah sebagai guru pertama anak, ibu dan bapa mendapat keistimewaan kedua dari hadis tiga amalan yang tidak putus tersebut, iaitu 'ilmu bermanfaat yang diamalkan'. Bermakna, setiap ilmu yang bermanfaat yang kita ajarkan kepada anak dan anak amalkan juga dianggap sebagai ilmu bermanfaat yang kita ajarkan kepada orang lain yang hitungan amalan baiknya tetap berjalan selepas kita meninggal dunia. 

Ketiga
label dan rupa paras botol. Siapakah yang berani minum air teh yang disimpan dalam botol clorox? 

Tanggungjawab awal ibu dan bapa juga adalah untuk membentuk 'imej' dan 'penampilan' anak. Dari awal sudah anak dibentuk dengan imej, penampilan dan fesyen yang dibenarkan, yang sesuai, yang baik dan tidak menyalahi syarak. 

Lebih mudah membiasakan anak dengan perkara yang baik daripada menegur dan mendidik anak yang sudah menganggap biasa kepada perkara yang tidak baik. Ibarat kata pepatah 'lebih mudah mencegah daripada mengubati'.

(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Keempat
anak ibarat air putih; apa yang dicampurkan ke air itulah yang bakal menjadikan air itu air apa. 

Jika dicampur juz oren, 
jadilah minuman penawar dahaga. 
Jika dibubuh racun, 
jadilah air itu sesuatu yang merbahaya. 

Begitu juga anak. Sejak umur satu hari sehingga umur 10 tahun adalah umur 'air putih' bagi anak tersebut. Seeloknya, sebelum masuk pra-persekolahan, ibu dan bapa memberi dan memasukkan sebanyak mungkin input-input yang baik, benar dan perlu kepada anak. 

Insya Allah, Teknik M.A.K. untuk Didik Hafal Quran boleh digunakan oleh ibu bapa untuk masukkan sebanyak mungkin input-input (memori dan hafalan) yang baik kepada anak. 

Semoga dengan input-input yang baik berupa hafalan ayat Quran, hadis Rasulullah (saw) dan doa yang sahih; membantu usaha dan perjuangan ibu bapa untuk membentuk dan membesarkan anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Senarai kandungan ebook percuma 

Teknik M.A.K. untuk 
Didik Anak Hafal Quran

(KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca)


1. Percuma Tanpa Syarat
(KLIK SINI untuk baca)

2. Saya Cuma Ada Tupperware
(KLIK SINI untuk baca)

3. Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran 
(KLIK SINI untuk baca)

4. Contoh 1: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

5. Contoh 2: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

6. Contoh 3: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

7. 13 Hafalan Pertama
(KLIK SINI untuk baca)

8. Sharing is Sunnah
(KLIK SINI untuk baca)


Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: