Selasa, Jun 02, 2015

Baca online ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran (Siri 1)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #32)




Entry ini adalah siri pertama (Siri 1) daripada lapan (8) siri entry yang merupakan print screen dan copy paste dari ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

Panduan dan tip terkini dari semasa ke semasa boleh diikuti di laman Facebook Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran <- KLIK untuk ke laman Facebook tersebut. 

Skrol ke bawah entry ini ada senarai kandungan dalam ebook percuma Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran. KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

PERCUMA TANPA SYARAT 

Hajat saya mahu sebarkan teknik ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. 

Insya Allah, saya juga bantu bimbing personal step by step cara guna teknik ini tanpa minta bayaran. 

Saya sama macam saudara semua. Kita semua tidak tahu berapa banyak "baki masa" lagi yang kita ada. 

Ini antara usaha saya untuk rebut salah satu daripada tiga amalan yang berpanjangan hitungannya selepas mati. 

Saudara-saudara yang baik hati, boleh bantu saya dengan share dan sebarkan perkongsian saya dalam dalam ebook ini dan juga perkongsian saya di blog dan Facebook; kepada orang lain. 

Doakan saya ya :)


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)
“Apabila mati seorang manusia, 
maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; 
Sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat 
atau anak yang soleh yang mendoakannya” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Hidup adalah sebuah perjalanan menuju mati; tidak ada sesiapa yang dapat membantah kata-kata ini. Semua orang sedia maklum bahawa kehidupan ini akan berakhir dengan kematian. Semua orang sedar bahawa mereka pasti akan mati. Semua orang mengakui mereka boleh berusaha untuk hidup sihat dan lama, namun tidak ada seorangpun manusia yang dapat membantah atau melawan kematian. 


Fitrah semulajadi manusia cinta kepada kekayaan, ilmu dan zuriat sehingga mereka takut mati kerana belum puas untuk menikmati ketiga-tiganya. Bagaimanapun, manusia tetap akur bahawa mereka tidak akan hidup selama-lamanya. Satu masa, ketiga-tiga nikmat itu akan berakhir. Namun, daripada lidah Rasulullah (SAW) menyampaikan khabar gembira kepada umat Islam bahawa mereka masih boleh menikmati ketiga-tiga nikmat yang mereka cintai itu selepas mati; seperti yang disebutkan dalam hadis di atas.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)
Untuk Apa Sehari Lagi? 

Dari sekalian banyak hamba Allah yang dijemput ajal semalam dan hari ini; saya dan saudara yang membaca ini; mendapat sehari lagi untuk hidup di dunia ini. Bagaimanapun, esok belum tahu lagi, kan? 
Mengingat kematian, memandang diri dan wajah-wajah kesayangan; saya merasakan bahawa dapat hidup sehari lagi sebagai satu nikmat yang besar sekali maknanya. Betapa jika saya ditanya,


'apakah saya sudah bersedia untuk mati?' 

jujur sekali, jawapan saya ialah 'saya belum sedia untuk mati'. 

Melihat sudut cerah dan indah kehidupan. Hidup di bahagian bumi yang aman. Hidup dengan tidak menghadapi susah payah untuk minum, makan, bergerak dan berkomunikasi. Hidup dalam keadaan yang mudah untuk melakukan ibadat yang wajib mahupun sunat. 

Memandang juga sudut suram dan muram dalam kehidupan. Kewajipan yang belum sepenuhnya dilaksanakan. Impian dan cita-cita yang belum kesampaian. Hutang piutang yang perlu dilunaskan. Janji-janji yang belum ditunaikan; dan lain sebagainya. 

Kedua-dua belah sudut kehidupan itu, yang jika kita fikirkan akan menginsafkan kita bahawa betapa besarnya nilai hidup sehari lagi di bumi ini. Justeru kerana besar nilainya itu, kita perlu selalu mengingatkan diri sendiri agar berfikir tentang 'untuk apa sehari lagi dalam kehidupan ini...?'.

(KLIK pada gambar untuk paparan besar)
Sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri, 
saya mendapat jawapan bahawa hidup yang satu hari ini adalah untuk: 

1. Menunaikan solat fardu yang LIMA. 

2. Untuk mengusahakan LIMA tujuan hidup manusia. 

3. Mensyukuri LIMA perkara.

Hidup Menuju Mati 

Setiap hari yang kita mulakan, akan kita tinggalkan. Setiap hari yang kita tinggalkan, kita semakin menghampiri apa yang dinamakan kematian. 

Sesungguhnya, menyedari hakikat itu sewajarnya kita memikirkan untuk apa hidup yang satu hari lagi yang kita miliki ini. Tidaklah hidup ini untuk dibiarkan berlalu begitu saja. Tidaklah hidup ini untuk kita tenggelam dalam kesibukan yang meletihkan diri, tetapi pada saat kembali kepada Tuhan, kita dapati bahawa kesibukan dan keletihan itu hanya kosong. 

Lalu, saya mencari jawapannya dalam agama. Saya mencari jawapannya dengan Allah dan Rasul-NYA. Sekurang-kurangnya, untuk diri saya sendiri, saya mendapat jawapan bahawa hidup yang satu hari lagi ini adalah untuk: 
1. Menunaikan solat fardu yang LIMA. 
2. Untuk mengusahakan LIMA tujuan hidup manusia. 
3. Mensyukuri LIMA perkara. 
Dengan mengharap kasih sayang Allah jua semuanya, semoga ebook Teknik M.A.K. untuk Didik Hafal Quran ini menjadi amal jariah saya, menjadi ilmu bermanfaat yang saya ajarkan kepada orang lain yang kemudian diamalkan dan semoga „anak-anak orang lain‟ yang beroleh manfaat dari teknik ini boleh menjadi „ganti‟ kepada saya yang belum memiliki anak sendiri.


(KLIK pada gambar untuk paparan besar)

Ebook Teknik M.A.K. untuk Didik Hafal Quran ini, saya edarkan ‘Percuma Tanpa Syarat’. Hajat saya mahu sebarkan teknik ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. 

Insya Allah, saya juga bantu bimbing personal step by step cara guna teknik ini tanpa minta bayaran. 

Saya sama macam saudara semua. Kita semua tidak tahu berapa banyak "baki masa" lagi yang kita ada. 

Ini antara usaha saya untuk rebut salah satu daripada tiga amalan yang berpanjangan hitungannya selepas mati seperti hadis di atas tadi. 

Saudara-saudara yang baik hati, boleh bantu saya dengan share dan sebarkan perkongsian saya dalam dalam ebook ini dan juga perkongsian saya di blog dan Facebook; kepada orang lain. 

Doakan saya ya ;)
Norudin Draman UstazCahaya

Syaaban 1436/ Mei 2015,
Kampong Sengkurong,
Negara Brunei Darussalam.


Senarai kandungan ebook percuma 

Teknik M.A.K. untuk 
Didik Anak Hafal Quran

(KLIK pada satu-satu tajuk untuk baca)


1. Percuma Tanpa Syarat
(KLIK SINI untuk baca)

2. Saya Cuma Ada Tupperware
(KLIK SINI untuk baca)

3. Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran 
(KLIK SINI untuk baca)

4. Contoh 1: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

5. Contoh 2: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

6. Contoh 3: 3 Langkah Didik Anak Hafal Quran 
dengan Teknik M.A.K.
(KLIK SINI untuk baca)

7. 13 Hafalan Pertama
(KLIK SINI untuk baca)

8. Sharing is Sunnah
(KLIK SINI untuk baca)


Download ebook: 
http://bitly.com/ebookteknikmak

Cara download ebook:
http://bitly.com/caradownloadebookdiDROPBOX

Info ebook:
http://bitly.com/infoebookTeknikMAK01

Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram
nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa 
di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Facebook:
Teknik M.A.K untuk Didik Anak Hafal Quran

Tiada ulasan: