Jumaat, Mei 15, 2015

Ustaz Transformer dan Israk Mikraj

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #8)


Saidina Ali (ra) pernah berpesan:

"Didiklah anak-anak kamu supaya mereka 
boleh hidup di zaman yang amat berlainan 
sekali dengan zamanmu"

Pada tahun 2009 dahulu, saya pernah dikenali sebagai 'Ustaz Tranformers' oleh para pelajar Sekolah Menengah Kerajaan Baru, Bintulu. Terutama para penuntut tingkatan tiga dan tingakatan lima. Kisahnya, gelaran 'Ustaz Transformers' itu mereka beri kepada saya selepas saya memberi ceramah motivasi bertemakan Tranformers kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Kebetulan ketika itu, masih musim Transformers 2 dan zaman 'Rubic Cube'. Saya cuba memahami perasaan dan mood para remaja yang mungkin rasa 'dirampas' hari minggu mereka untuk gotong royong di masjid. Kemudian solat hajat dan terpaksa lagi duduk mendengar ceramah motivasi saya. 

Lalu, awal-awal lagi sejak mendapat panggilan dari urusetia program tersebut, saya mencari sesuatu yang boleh mencuri hati mereka.

(Surat jemputan ceramah)
Alhamdulillah, Allah ilhamkan saya dengan Transformers. Maka, saya gunakan Tranformers sebagai tema dan kaitkan dengan Israk Mikraj yang kebetulan masa itu bulan sambutan Israk Mikraj. Alhamdulillah, hati mereka dapat diambil. (Saya sendiri adalah peminat Transformers). Hehe ;)

Alhamdulillah. Pengetua SMK Baru waktu itu Puan Zarina, berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan. Para pelajar juga seronok. Kebetulan waktu itu Penolong Kanan Puan Albariah adalah guru saya dahulu. YDP PIBG, Tuan Haji Kadir pula adalah jamaah masjid di kariah saya. Boleh dikatakan, waktu itu adalah kali pertama saya sebagai 'sireh pulang ke gagang'; berceramah di sekolah menengah tempat saya bersekolah dahulu. Dahulu waktu saya bersekolah di SMK Baru kelas cuma sampai tingakatan tiga.
(Saguhati ceramah)
Alhamdulillah, Ada juga kenangan yang mempunyai nilai manfaat untuk saya kongsikan di blog ini. Berkaitan didik anak dengan ambil hati anak. Usahakan sesuatu yang boleh menangkap hati mereka. Insya Allah, selalu ada jalan untuk kita sebagai guru dan ibu bapa untuk menangkap hati anak dan pada masa sama masih tetap mengekalkan hormat dan wibawa kita sebagi orang tua dan guru.

Di sini saya kongsikan sedikit gambar-gambar dan point-point ceramah saya waktu itu.


TAJUK CERAMAH: 

“Israk Mikraj: Mencetus Kecemerlangan Ummah”

DISAMPAIKAN OLEH: 

Ustaz Norudin Bin Draman
(www.ustazcahaya.com)
ISRAK MIKRAJ dan TRANSFORMERS
• Ciptaan baru bermula dari fantasi.
• Kemajuan hidup manusia bermula dari imaginasi.
• Fantasi dan Imaginasi memberi manusia kemahuan   untuk hidup senang, mudah, selesa dan seronok.
• Imaginasi lebih berkuasa daripada

TAHUN 620 MASEHI, 1389 TAHUN YANG LALU
• Dari Makkah ke Palestine dalam masa yang singkat adalah FANTASI.
• Manusia boleh terbang menembusi langit adalah IMAGINASI.
• Kedua di atas adalah FANTASI dan IMAGINASI   yang dianggap GILA dan MUSTAHIL oleh manusia pada masa itu.
• Kini, semua itu adalah REALITI.

TRANSFORMERS
 Imaginasi dan Fantasi tentang KERETA+ROBOT.
 Dijadikan komik dan animasi .
 Dijadikan Filem dan menjadi sumber ekonomi barat.
 TIDAK MUSTAHIL SATU HARI NANTI TRANSFORMERS AKAN JADI KENYATAAN. 
 Untuk jadi kenyataan, mereka perlu meneroka ilmu dan teknologi.


KAEDAH IMAGINASI CEMERLANG 
(Dr. HM Tuah Iskandar Aj-Hajj)
 Imaginasi membantu kita mencapai apa sahaja.
 Imaginasi adalah kuasa yang perlu digunakan dengan betul.
 Minda bawah sedar tidak menyaring arahan (imaginasi) yang diberikan kepadanya.
TANYA dan MINTA 
(M.R. Kopmeyer)
 Tanya diri adik-adik?
- Mahu jadi apa? 
- Bagaimana keadaan diri 3 tahun lagi, 5 tahun lagi, 10 tahun lagi dan seterusnya?
 Bayangkan yang POSITIF dan NEGATIF 
- Susah/ Senang. 
- Berjaya/ Gagal.
- Baik/ buruk.
- Sihat/ Sakit.
- Kaya/ Miskin.
- Unggul/ Biasa.

BUAT PILIHAN dan TETAPKAN MATLAMAT
 TUJUAN. 
 KEMAHUAN. 
 BAHAN. 
 KEPERLUAN.
ISRAK MIKRAJ dan SOLAT
 Mengapa dan Kenapa perintah solat memerlukan Rasulullah (SAW) naik ke langit?
 Perintah Allah yang lain dibawa turun oleh Jibril dari langit ke bumi.
 Antara hikmahnya ialah; 
- Menunjukkan kepentingan dan keutamaan solat. 
- Simbolik bahawa orang yang solat adalah TINGGI. 
- Tinggi peribadi, tinggi cita2 (imaginasi), tinggi ilmu, tinggi darjat&kedudukan.

BERJAYA DENGAN SOLAT+FORMULA GIGIH 
(Aa Gym @ KH Abdullah Gymnastiar)
 G= GIGIH/ Semangat yang kuat. 
 I= IKHTIAR yang bernilai IBADAH yang dilakukan dengan ISTIQAMAH. 
 G= GAGASAN/ Bahasa Malaysia= Idea. (Kreatif, imaginasi dan rajin berfikir) 
 I= ILMU.
 H= HATI. 
FORMULA Aa Gym (G+I+G+I+H=HASIL)

KESIMPULAN
1) ISRAK MIKRAJ mengajak manusia berimaginasi. Imaginasi LEBIH BERKUASA daripada fungsi2 otak yang lain. 
2) Imaginasi yang baik dan betul, menjadi permulaan kepada KEMAJUAN, KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN hidup manusia. 
3) ISRAK MIKRAJ membuka ufuk pemikiran manusia agar tidak terhad kepada muka bumi ini semata-mata tetapi juga kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang maha luas dan jauh. 
4) ISRAK MIKRAJ meninggikan ilmu pengetahuan dan cita-cita manusia.
(Tentatif program waktu itu)

Tiada ulasan: