Selasa, Mei 19, 2015

Teori Pendidikan Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #14)

Insya Allah, di blog ini saya juga akan berkongsi panduan dan tip pendidikan awal kanak-kanak. Antara teori pendidikan awal kanak-kanak yang saya amal dan rujuk ialah teori pendidikan Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. 

Dalam entri ini, saya kongsikan ringkasan teori pendidikan Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun.


Teori Pendidikan Imam al-Ghazali

1. Sejak hari pertama anak lahir, ajar anak kenal huruf, menulis dan membaca.

2. Pendidikan utama dan awal adalah pendidikan agama, Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (saw).

3. Latihan jasmani anak agar anak sihat dan kuat juga cerdas serta tidak malas.

4. Tanam sifat berani, rendah diri, sabar, hormat dan taat kepada ibu bapa dalam diri anak.

5. Beri nasihat jika anak salah.

6. Setelah baligh, bimbing anak untuk tunaikan kewajipan agama.

7. Biasakan anak dengan akhlak yang mulia.

8. Awasi dan pelihara anak daripada pengaruh persekitaran yang tidak baik.



Teori Pendidikan Ibnu Khaldun


1. Susun kurikulum dan rancangan pendidikan anak.

2. Anak diajar menggunakan pancaindera dan contoh mudah yang konkrit.

3. Didik anak melalui contoh yang baik.

4. Ajar anak baca Al-Quran sebelum hafal.

5. Didik anak dengan lemah lembut.

6. Ajar anak satu perkara dalam satu masa. Anak mudah keliru jika diajar lebih dari satu perkara dalam satu masa.


Rujukan:


Judul buku:
Panduan Kurikulum Prasekolah.

Editor:
Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah,
Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad.

Penerbit:
PTS Professional
(Tahun 2007)

Tiada ulasan: