Selasa, Mei 12, 2015

Tentang Blog Ini

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #3)


Nama Blog:   
Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran

Deskripsi Blog:
Panduan dan tip untuk ibu mendidik anak 
tentang Islam dan Al-Quran di rumah

Blogger:
Norudin bin Draman

Url Blog:
norudindraman.blogspot.com

Insya Allah, di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' ini, saya akan berkongsi ilmu, maklumat, tip, panduan dan pengalaman saya mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak selama 16 tahun. Saya mula menjadi guru Al-Quran pada tahun 1999 ketika saya berumur 19 tahun. Pada waktu itu, dua bulan selepas tamat persekolah di tingkatan lima, saya mendapat kerja sebagai Guru Agama Rakyat (G.A.R) di Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ulum (MADU) bertempat di Bintulu, Sarawak.

Saya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada umur 19 tahun bukan 18 tahun seperti kebiasaan pelajar bumiputera Malaysia. Sebabnya ialah saya pernah bercuti sekolah selama setahun pada tahun 1988 ketika sepatutnya saya masuk darjah dua. Cuti panjang itu diberi doktor selepas saya terlibat kemalangan jalan raya (pada bulan Disember tahun 1987) yang menyebabkan kaki kiri saya patah dan 'bengkok' sehingga kini. 

Jika anda pernah melihat drama televisyen berjudul 'Si Capek', begitulah kaki kiri saya. Cuma 'Si Capek' itu agak 'lebih sikit' barangkali. Alhamdulillah, saya boleh menunggang basikal, menunggang motorsikal dan memandu kereta. Malah, motorsikal adalah kenderaan utama saya sebelum saya memiliki kereta sendiri. (Kisah kemalangan saya itu ada saya tulis dalam entri blog ini yang bertajuk 'Patah Kaki Ketika Pergi Mengaji Al-Quran')

Alhamdulillah. Saya mula menjadi guru Al-Quran pada tahun 1999 di Madrasah Al-Quran Darul Ulum (MADU), Bintulu, Sarawak. Waktu itu, saya sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun yang sama juga, saya pertama kali mendapat kontrak mengajar sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad, Bintulu, Sarawak. Sekolah rendah di mana ayah dan ibu saya pernah bersekolah. Merupakan sekolah Inggeris Melayu yang pertama dibina oleh penjajah British di daerah Bintulu.

Tentang Blog Ini

Setelah dianalisis dan berbincang bersama puan guru blog Puan Anys Idayu Zakaria. Beliau merupakan 'Couch Online' di Akademi Bekerja Di Rumah - ABDR, berikut adalah label (topik) penulisan dalam blog ini:
Tentang Blogger Yang Mengendalikan Blog Ini

Saya, Norudin Draman adalah blogger yang menulis dan mengendalikan blog ini. Dengan bimbingan guru blog Puan Anys Idayu Zakaria yang merupakan 'Couch Online' di Akademi Bekerja Di Rumah - ABDR

Saya sudah sediakan dua post pengenalan tentang diri saya di blog ini: 
1. Salam Perkenalan Dari Saya 
2. Patah Kaki Ketika Pergi Mengaji Al-Quran
Kelas Al-Quran Di Facebook

Saya juga ada mengendalikan kelas Al-Quran di Facebook, Whatsapp dan Skype. Berikut adalah kelas-kelas tersebut:

1. Mari Kita Mengaji Sayang  
Url: facebook.com/tolongsemakbacaansaya 
Info: Belajar tajwid cara interaktif yang saya namakan 'Tajwid Cinta'. 
2. Tolong Semak Bacaan Saya 
Url: facebook.com/groups/tolongsemakbacaansaya 
Info: Grup Facebook untuk dengar contoh bacaan yang betul dan perdengarkan bacaan peserta untuk disemak oleh saya dan peserta lain. 
3. DAPDA (Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran) 
Url: facebook.com/norudindraman 
Info: Facebook page yang berkongsi tip dan panduan didik anak pintar dengan Al-Quran.
Semoga usaha kecil yang saya lakukan semampu saya ini, bermanfaat dan berkat serta dipandang sebagai ibadah oleh Allah (SWT).

Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Tiada ulasan: