Selasa, Mei 19, 2015

Kisah RM5 Mama dan Ennur

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : Google
(Entry #15)


(Gambar hiasan)
Kisah ini saya baca di Facebook. Saya ada kongsi (share) kisah asal di page Norudin Draman - Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran. Dalam entri ini saya ubah nama watak. Nama watak Ennur adalah nama watak dalam sebuah novel saya. Ennur ialah anak kepada watak utama Aidil dalam cerpen saya yang berjudul 'Mari Kita Mengira Sayang'.


Kisah RM5 Mama dan Ennur


Mama: Adik, duit poket ada baki tak? Simpan dalam tabung.

Ennur: Tak ada.

Mama: Adik beli apa kat sekolah?

Ennur: Air.

Mama: Lagi?

Ennur: Air je.

Mama: Tak makan? 

Ennur: Tak. Duit dah abis.

Mama: Takkan air mahal sangat? Mama bagi lima ringgit kan? Air apa yang adik beli?

Ennur: Air mineral la.

Mama: Air mineral sebotol baru seringgit. Mana lagi empat ringgit?

Ennur: Tak tau.

Mama: Adik tak ambil duit baki?

Ennur: (diam, geleng)

Mama: La.. kenapa tak ambil duit baki? Bla... bla... bla.

Ennur: Kenapa mama bagi lima ringgit? Lain kali, bagilah singgit-singgit...

Kata Ibnu Khaldun, 
'Anak mudah keliru jika diajar 
lebih satu perkara dalam satu masa'.

Mungkin begitu juga anak keliru,
lima keping satu ringgit dalam
satu keping RM5.

Hehe hehe.. :)

Tiada ulasan: