Isnin, Mei 18, 2015

Home Schooling Adalah Sunah (Inbox pilihan dari Whatsapp dan Facebook)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #13)

(Post Facebook Ustaz Ibnu Batoota - Penulis Ana Muslim)
Awal pagi tadi, seorang sahabat di Bintulu menghantar status Facebook Ustaz Ibnu Batoota di grup Whatsapp kami yang bernama grup 'Dah Solat Belum?'. Mesej itu sangat panjang tetapi saya baca setiap patah perkataannya dengan 'sekali duduk'. Sangat menginsafkan.

Antara isi penting dalam mesej Ustaz Ibnu Batoota yang panjang itu ialah tentang:
1. Pendidikan awal kanak-kanak adalah di rumah dengan ibu sebagai guru.
2. Homeschooling yang popular di Amerika adalah mendekati sunnah dalam mendidik anak-anak.
3. Menjaga dan mendidik anak perempuan cara Islam.
Kemudian saya share mesej Ustaz Ibnu Batoota tersebut di Facebook peribadi saya. Alhamdulillah, ada rakan yang memberi komen berikut:
"Saya pernah mengajar anak-anak yang dibesarkan secara 'home schooling'. Dan saya sangat mengagumi ibu yang sanggup membesarkan anak dengan cara seperti itu. Memang satu cabaran untuk menongkah arus, tetapi benarlah sebagaimana yang disabda Nabi S.A.W ibu itu merupakan madrasah pertama anak-anak. Boleh nampak, perbezaan murid yang 'home schooling ' dan murid biasa."
Saya reply komen rakan tersebut dengan bertanya, "Boleh kongsi apa perbezaan anak yang home schooling dengan anak yang lain?"

Alhamdulillah. Rakan tersebut kemudian menjawab di inbox Facebook. Saya kongsikan di sini pengalaman beliau berkaitan 'anak home schooling'.



Perbezaan anak home schooling
dengan anak yang lain
Menjawab persoalan tentang perbezaan murid 'home schooling ' dan murid biasa... apa yang saya boleh katakan perbezaan yang ketara pada sudut keyakinan diri dan sensitiviti rasanya. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk mengajar anak didik 'home schooling ' selama lebih kurang dua bulan, sebelum anak didik tersebut bersekolah di sekolah harian. 

Tahap keyakinan mereka untuk belajar sangat tinggi, tanpa rasa takut untuk berbuat salah. Mungkin anak yang mendapat didikan langsung daripada seorang ibu yang pada hemat saya mendidik penuh kasih sayang disertai dengan ketegasan menjadikan mereka mampu untuk menonjolkan keyakinan kendatipun pada usia yang masih muda.

Kepekaan mereka terhadap sekeliling juga agak memberangsangkan. Jadi memupuk kematangan. Banyak perkara yang saya belajar daripada mereka juga. Kerana pada masa itu, saya perlu mengajar Al Quran dalam Bahasa Inggeris dan saya perlu bekerja keras untuk membuat mereka faham dan tidak merasa bosan.


Post Facebook Ustaz Ibnu Batoota
- Home Schooling Adalah Sunah -
Orang Malaysia masih tidak dapat menerima kaedah ini dan masih anggap "kalau tak sekolah, maka bodohlah engkau". Sedangkan yang wajib itu "belajar ilmu" bukannya "bersekolah".

Sedangkan di negara luar, sudah ramai yang amalkan home-schooling khasnya di Amerika yang takut nak hantar anak mereka ke sekolah sebab asal pergi sekolah je, mesti jadi bohsia. Kalau berjaya dapat degree sekalipun, tapi dara dah tak ada. Dah berpuluh kali mengawan. Belum lagi isu buli, dadah, parti liar dan lain-lain fitnah Dajjal yang mereka pelajari secara TIDAK FORMAL di sekolah.

Saya bukan ikut Amerika, tapi Amerikalah yang ikut sistem Islam kerana home-schooling ini adalah sistem yang paling mendekati kaedah sunnah dalam mendidik anak-anak. 

Allah dah susun cantik dah, ayah keluar rumah cari nafkah, ibu pula tinggal di rumah untuk mendidik anak. Ini sunnah! Ini sistem Allah! Ini fitrah kita! Jangan kita langgar!

Tiada ulasan: