Ahad, Mei 31, 2015

Ebook Percuma: Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #28)
____________________________________________________________

Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
www.norudindraman.blogspot.com

Whatsapp Telegram:
+6737208462 (Nombor Brunei)
____________________________________________________________


"Dalam Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran
kita bukan sahaja didik anak hafal Quran; 
Insya Allah, kita juga cuba bentuk peribadi anak 
dengan menggunakan hafalan yang sudah dihafal oleh anak"
____________________________________________________________

Tidak perlu beri alamat email atau nombor telefon. Boleh muat turun terus dengan klik perkataan KLIK SINI
KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran
KLIK SINI untuk cara muat turun (download)
____________________________________________________________
PERCUMA TANPA SYARAT  
Hajat saya mahu sebarkan teknik ini  kepada seberapa ramai orang yang boleh. Insya Allah, saya juga bantu bimbing personal step by step cara guna teknik ini tanpa minta bayaran.

Saya sama macam saudara semua. Kita semua tidak tahu berapa banyak "baki masa" lagi yang kita ada. Ini antara usaha saya untuk rebut salah satu daripada tiga amalan yang berpanjangan hitungannya selepas mati. 

Saudara-saudara yang baik hati, boleh bantu saya dengan share dan sebarkan perkongsian saya dalam ebook ini dan juga perkongsian saya di blog dan Facebook; kepada orang lain. 

Doakan saya ya ;)
KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran 
KLIK SINI untuk cara muat turun (download)
____________________________________________________________

Niat didik anak hafal dan amal 
Pertama sekali, pasang niat kita. Bahawa kita mahu didik anak dengan ayat Al-Quran, hadis Nabi Muhammad (saw) dan doa-doa Baginda Nabi (saw).
____________________________________________________________

3 Langkah Teknik M.A.K. untuk didik anak hafal dan amal Al-Quran 
Insya Allah, mari kita cuba fahami tiga langkah Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran
Jika ada yang tidak jelas jangan segan dan keberatan untuk hubungi saya. Insya Allah saya akan cuba terangkan dan bimbing tuan puan yang mahu mula gunakan teknik ini. 
Insya Allah, bimbingan saya percuma tanpa sebarang syarat. 
Hubungi saya di talian telefon +6737208462 (nombor Brunei) melalui kemudahan Whatsapp atau Telegram. 
Boleh juga mesej inbox saya di Facebook: www.facebook.com/norudindraman
atau email saya norudindraman@gmail.com
____________________________________________________________

KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran 

KLIK SINI untuk cara muat turun (download)
Teknik M.A.K. adalah singkatan dari tiga langkah didik anak hafal dan amal Al-Quran, iaitu:
1. M – Masukkan hafalan. 
2. A – Aktifkan hafalan. 
3. K – Kekalkan hafalan.
____________________________________________________________

M - Masukkan Hafalan 
Masukkan hafalan ke dalam minda bawah sedar anak semasa anak sedang tidur. Ketika sedang tidur otak anak sedang berada dalam fasa gelombang alfa dan gelombang theta.
Fasa otak dengan gelombang ini juga dikenali sebagai 'fikiran bawah sedar'. Menurut pakar perkembangan otak kanak-kanak, fasa gelombang alfa dan theta merupakan fasa di mana kanak-kanak belajar dengan cepat dan mudah menerima nasihat dan arahan yang diberikan kepada mereka.
Berapa kali proses ini dilakukan? 
40 kali adalah yang terbaik. Kata guru Al-Quran saya dulu jika baca 40 kali satu ayat, sebenarnya ayat itu sudah masuk otak (minda bawah sedar). 
Bukan bermaksud 40 hari ya. Jika waktu anak tidur boleh baca 10 kali, 4 malam sudah 40 kali. Insya Allah. 
* Walaupun ini bukan fakta dari kajian saintifik, namun saya 'yakin' kepada guru Al-Quran saya yang merupakan seorang hafiz Al-Quran itu.
KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran 
KLIK SINI untuk cara muat turun (download)
____________________________________________________________

A - Aktifkan Hafalan 
Aktifkan hafalan ketika anak jaga. Jika pada malam harinya kita bisikan ayat hafalan di telinga anak sewaktu anak sedang tidur, langkah ini pula kita lakukan ketika anak jaga. 
Aktifkan hafalan adalah sesi menghafal yang khusus. Sesuai dibuat selepas solat subuh selama 10 hingga 15 minit. Selepas 20 minit minda anak mula 'lari'. 
Potong satu ayat hafalan kepada perkataan pendek dan baca tujuh kali sambil anak menghafal.
Contoh:
وَاخْفِضْ لَهُمَا  | جَنَاحَ الذُّلِّ |  مِنَ الرَّحْمَةِ |  وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا |  كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Satu sesi lagi dalam langkah aktifkan hafalan ialah sesi memperkukuhkan hafalan. Sesi ini sesuai dilakukan pada waktu malam. 
Contohnya subuh tadi anak sudah berjaya menghafal satu ayat. Ulang hafalan yang dihafal oleh anak sambil betulkan yang salah dan tambah apa yang kurang.
KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran 

KLIK SINI untuk cara muat turun (download)
____________________________________________________________

K - Kekalkan Hafalan 
Kekalkan hafalan dengan selalu meminta dan mendengar anak mengulang apa yang sudah dihafalnya. Juga, kaitkan ayat hafalan dalam aktiviti seharian bersama anak.  
Contohnya, ketika anak mahu keluar kereta masa ibu menghantar anak ke sekolah. Anak mahu salam tangan ibu dan cium ibu tetapi ibu tahan dulu. Ibu cakap kepada anak;  
"Sebelum ibu lepaskan anak ibu ke sekolah, 

ibu nak anak ibu doakan ibu dulu dengan ayat Al-Quran" 
Anak jawab dengan berdoa menggunakan hafalan ayat 24 surah Al-Isra dalam contoh kita ini.  
Contoh lain lagi untuk mengaitkan hafalan dengan kehidupan seharian; katakan anak tidak mahu disuruh oleh ibu untuk membuat sesuatu.  
Contohnya ibu minta anak susun kasut di almari kasut. Anak beralasan dan bertangguh. Ibu cuba bersabar dulu (sambil dalam hati kata, 'Ai chobaan, ini semua chobaan'. Hehe :)
Sentuh anak dan ingatkan anak dengan ayat hafalan ini dan terjemahannya.
KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran 

KLIK SINI untuk cara muat turun (download)
____________________________________________________________

Tidak perlu beri alamat email atau nombor telefon. 
Boleh muat turun terus dengan klik perkataan KLIK SINI
KLIK SINI untuk muat turun ebook percuma
Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran

KLIK SINI untuk cara muat turun (download)

Tiada ulasan: