Jumaat, Mei 22, 2015

Dua (2) asas keluarga bahagia

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : Google
(Entry #20)


Bismillah.

Salam Jumaat.

Bagi saya, Jumaat adalah hari cinta kerana Jumaat adalah hari pernikahan para anbiya. Malah, kebanyakan pasangan suami isteri memilih hari Jumaat sebagai hari ijab kabul (majlis akad nikah). 

Setiap pasangan suami isteri semestinya menginginkan kebaikan, kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat bersama pasangan dan anak-anak. 

Dua (2) asas keluarga bahagia

Insya Allah, dalam entri ini saya ingin menulis tentang dua asas untuk sebuah keluarga mendapat kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat serta beroleh tempat di syurga dan terlepas dari azab neraka. Keluarga yang saya maksudkan di sini ialah ayah, suami dan anak-anak.

Dua asas itu ibarat tapak dan tiang bagi sebuah rumah. Dua asas itu ialah solat dan Al-Quran. Bagi insan yang bergelar suami dan isteri, jangan hanya solat dan baca Al-Quran 'seorang diri'. Solat dan bacalah Al-Quran bersama suami isteri dan anak-anak.

Belajar dan mengajar Al-Quran



Belajar dan Mengajar Al-Quran



خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ 



"Sebaik-baik kamu adalah orang yang 

belajar Al-Quran dan mengajarkannya" 


(Hadis Nabis -saw- Riwayat Bukhari)

Salah satu cara untuk menjadi 'keluarga yang baik' ialah, di dalam keluarga itu ada aktiviti 'belajar dan mengajar Al-Quran'. Sesuai sabda Baginda Rasulullah (saw) dalam hadis di atas.

Jadikan proses belajar mengajar Al-Quran sebagai rutin yang berterusan dalam keluarga yang dilakukan di rumah. Belajar di luar adalah bahagian lain. Belajar di rumah merupakan satu bahagian lain. 

Jika kita membahagikan proses belajar Al-Quran seperti itu (dalam rumah dan luar rumah); Insya Allah, tidak ada istilah 'anak sudah belajar di sekolah' dan 'ibu ayah sudah belajar di masjid' untuk tidak berlaku proses belajar mengajar Al-Quran di rumah.

Bukankah sebaik-baik orang (kamu) dalam hadis di atas ialah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran? Insya Allah, keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak yang 'belajar dan mengajar Al-Quran' adalah keluarga yang terbaik. 

Keluarga yang terdiri daripada ahli-ahli terbaik (ayah, ibu dan anak-anak) yang terbaik), Insya Allah adalah keluarga yang bakal mendapat kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Jangan risau habis modal

Anak-anak sudah belajar Al-Quran di sekolah dan ibu bapa sudah belajar Al-Quran di masjid, tidakkah bosan nanti jika di rumah pun belajar dan mengajar Al-Quran? Insya Allah tidak, jika kita yakin bahawa ilmu Allah itu luas dan hikmah (kebijaksanaan) Allah tidak terbatas.

Pertama, paling kurang setiap hari ada satu kali solat jamaah di rumah. Jika tidakpun, bawa sekeluarga berjemaah di masjid.

Kedua, ada program baca Quran khusus untuk di rumah yang dilakukan oleh ayah, ibu dan anak-anak secara bersama-sama.

Ketiga, berdoa dan mintalah kepada Allah supaya istiqamah dan tidak habis modal. Maksud tidak habis modal, mohonlah kepada Allah kreativiti dan idea-idea yang segar.

Saya mengaku, saya belum memiliki keluarga sendiri. Begitu juga, dua asas keluarga bahagia ini bukanlah idea saya. Saya hanya menyampaikan. Namun, apa yang pasti, 'keluarga bahagia-keluarga bahagia' yang saya pernah kenali dan temui adalah keluarga yang menjaga dua asas solat dan baca Al-Quran yang saya sampaikan dalam entri ini.

Tiada ulasan: