Sabtu, Mei 23, 2015

Didik Anak Solat (Dari Cara Sultan Brunei Laksana Hudud) - Bahagian Dua

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #21)

(Potrait KDYMM Sultan Brunei dalam pameran lukisan di The Empire Hotel,
bersempena sambutan hari kemerdekaan negara Brunei pada 23 Februari 2012)


Didik Anak Solat

1. Beri kemudahan kepada anak untuk solat dengan menyediakan keperluan seperti pakaian, tempat dan waktu.

2. Atasi kesusahan dan halangan untuk anak solat. Kesusahan dan halangan itu bakal menjadi alasan untuk anak tidak solat.

3. Beri ganjaran setiap waktu anak solat di rumah. 

4. Sediakan 'denda' atau 'hukuman' ikut kesesuaian peringkat umur anak.

Dalam entri semalam, saya ada berkongsi cerita tentang Negara Brunei Darussalam. Bagaimana usaha Sultan Brunei, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien; melaksanakan hukum Allah di Negara Brunei Darussalam.

Insya Allah, dalam entri bahagian dua ini kita akan cuba mengaitkan cara Sultan Brunei laksana hukum Allah di negara Brunei dengan usaha kita mendidik anak-anak tentang Islam di rumah.

1. Beri kemudahan kepada anak

Beri kemudahan kepada anak untuk solat dengan menyediakan keperluan iaitu pakaian solat, tempat solat dan waktu solat. Contohnya kosongkan waktu solat daripada aktiviti lain.

2. Atasi kesusahan dan halangan untuk anak solat

Atasi kesusahan dan halangan untuk anak solat. Kesusahan dan halangan itu bakal menjadi alasan untuk anak tidak solat. Contohnya, anak lapar sewaktu mahu solat isya.

3. Beri ganjaran setiap waktu anak solat di rumah

Beri ganjaran setiap waktu anak solat di rumah tidak bererti beri ganjaran material setiap kali. Boleh muflis dan habis idea juga dibuatnya kan. Hehe. Mungkin boleh guna buku, kad atau poster di dinding. Dalam jadual itu, beri pelekat untuk menandakan anak solat di rumah. Kemudian seminggu sekali hadiahkan anak sesuatu kerana itu.

4. Sediakan 'denda' atau 'hukuman'

Sediakan 'denda' atau 'hukuman' ikut kesesuaian peringkat umur anak. Contohnya, jika tidak solat isya kerana tertidur awal semalam. Maka, malam hari ini buat solat isya dua kali.

Apa yang saya kongsikan ini sesuai sebagai latihan untuk anak yang belum baligh. Sesudah anak baligh, lain lagi kaedahnya kerana ketika sudah baligh solat sudah menjadi wajib bagi anak.

Jika keluarga ibarat negara,
anak-anak adalah rakyatnya,
ibu adalah menterinya,
ayah adalah raja mereka.

Dah solat belum? (^_^)y

Allahu Akbar.

Tiada ulasan: