Rabu, Mei 27, 2015

Contoh No.2 - Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #27)
Dapatkan ebook percuma
'Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran'

dengan sertai grup Telegram 'Didik Anak Hafal Quran'.
Untuk sertai, hantar mesej via Telegram
|Didik Anak Hafal Quran|
ke nombor +6737208462
Dalam entry terdahulu, saya sudah kongsi contoh satu cara guna 'Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran'. Insya Allah, dalam entri ini saya berkongsi satu contoh lagi bagaimana kita guna teknik hafal Quran ini bersama-sama anak di rumah. (KLIK SINI untuk baca contoh nombor 1)

Teknik MAK untuk
Didik Anak Hafal Quran
M - Masukkan Hafalan
- masukkan hafalan semasa anak tidur 
(kaedah hipnosis)

A - Aktifkan Hafalan
- aktifkan hafalan ketika anak jaga. 
(Ibu dan anak menghafal bersama 
dan sama-sama hafal)

K - Kekalkan Hafalan
- kekalkan hafalan dengan sesi tasmik 
dan kaitkan ayat hafalan dalam 
aktiviti seharian bersama anak


Dalam entri ini, saya kongsikan cara guna Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran. Contohnya kita mahu anak hafal Al-Quran, surah Taha iaitu ayat 25-28. 

Ayat ini juga kita kenali sebagai 'Doa Penerang Hati'.


M - Masukkan Hafalan


Masukkan hafalan ke dalam minda bawah sedar anak semasa anak sedang tidur. 

Apa keistimewaan masa anak sedang tidur?

Ketika sedang tidur otak anak sedang berada dalam fasa gelombang alfa dan gelombang theta. Fasa otak dengan gelombang ini juga dikenali sebagai 'fikiran bawah sedar'. 

Menurut pakar perkembangan otak kanak-kanak, fasa gelombang alfa dan theta merupakan fasa di mana kanak-kanak belajar dengan cepat dan mudah menerima nasihat dan arahan yang diberikan kepada mereka.

Berapa kali proses ini dilakukan? 40 kali adalah yang terbaik. Kata guru Al-Quran saya dulu jika baca 40 kali satu ayat, sebenarnya ayat itu sudah masuk otak (minda bawah sedar). Bukan bermaksud 40 hari ya. Jika waktu anak tidur boleh baca 10 kali, 4 malam sudah 40 kali. 

* Walaupun ini bukan fakta dari kajian saintifik, namun saya 'yakin' kepada guru Al-Quran saya yang merupakan seorang hafiz Al-Quran itu.

A - Aktifkan Hafalan


Aktifkan hafalan ketika anak jaga. Aktifkan hafalan adalah sesi menghafal yang khusus. Sesuai dibuat selepas solat subuh selama 10 hingga 15 minit. Selepas 20 minit minda anak mula 'lari'. 

Potong ayat kepada perkataan pendek dan baca tujuh kali sambil anak menghafal (aktifkan hafalan). Contoh:

قَالَ | رَبِّ اشْرَحْ لِي | صَدْرِي | وَيَسِّرْ لِي | أَمْرِي

وَاحْلُلْ عُقْدَةً | مِنْ لِسَانِي | يَفْقَهُوا | قَوْلِي

Satu sesi lagi dalam langkah aktifkan hafalan ialah sesi memperkukuhkan hafalan. Sesi ini sesuai dilakukan pada waktu malam. Ulang hafalan yang dihafal oleh anak subuh tadi; betulkan yang salah dan tambah yang kurang.


K - Kekalkan Hafalan


Kekalkan hafalan dengan sesi tasmik dan kaitkan ayat hafalan dalam  aktiviti seharian bersama anak. Selain sesi khusus (contohnya lepas solat) untuk semak ulang (tasmik) hafalan anak; ibu juga boleh uji hafalan anak pada waktu lain.

Contohnya, dalam kereta semasa perjalanan menghantar anak ke sekolah. Ayah tanya anak,

"Nanti di sekolah, setiap kali sebelum tukar cikgu,
apa doa yang Amir baca?"


Anak jawab dengan berdoa menggunakan hafalan ayat 25-28 surah Taha dalam contoh kita ini.

Contoh lain lagi untuk mengaitkan hafalan dengan kehidupan seharian. Satu malam, ketika buat kerja rumah, ada soalan matematik yang anak rasa susah nak selesaikan. 

PENTING: Walaupun ayah dan ibu tahu cara menyelesaikannya; jangan terus bantu anak. Sebelum bantu, suruh anak doa dulu dengan ayat Al-Quran yang dia sudah hafal ini. Maksud ayat ini ialah:

"Wahai Tuhanku, lapangkan dadaku,
dan mudahkan urusanku,
dan lembutkan lidahku,
supaya mereka faham percakapanku”.

Selepas anak berdoa, barulah kita bantu anak selesaikan masalah anak tersebut. Jadi, kita didik anak selesaikan masalah dengan berdoa dan dengan ayat Al-Quran. 

Insya Allah, dengan Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran ini; semoga kita bukan sahaja mendidik anak yang hafal Al-Quran malah juga, kita membentuk anak berperibadi unggul yang tidak takut kepada masalah. Anak yang bila ada masalah, dia sudah didik dan dibiasakan untuk berdoa dan mencari penyelesaian dengan Al-Quran.


Tiada ulasan: