Rabu, Mei 20, 2015

Contoh Bagaimana Baca Blog Di Email

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #17)


Sebelum ini, saya sudah menulis dua artikel tentang kemudahan baca di email blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran'. Jika anda belum membacanya, saya cadangkan anda baca dahulu dua artikel tersebut sebelum membaca artikel ini

Dua artikel itu ialah. 



Perlu kita maklumi, ada dua cara blogger menghantar post terbaharu di blog mereka kepada pembaca di email melalui kemudahan Feedburner. Dua cara itu ialah:
1. Menghantar post penuh. 
2. Menghantar sebahagian awal post.
Blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' menggunakan cara nombor (1). Bermakna, pembaca boleh membaca keseluruhan post terbaharu dari blog Blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' hanya di email. Ini adalah untuk memudahkan pembaca dari segi; jimat masa, jimat penggunaan data internet dan jimat bateri handphone dan tablet untuk pembaca yang membaca pada gajet elektronik. Hehe (^_^)y

Di sini saya sertakan tiga print screen contoh email yang anda terima jika anda menggunakan kemudahan baca blog ini di email anda.

Sila rujuk gambar paling bawah. Di bahagian bertanda merah, bawah email yang dihantar oleh Feedburner kepada anda, ada link |Unsubscribe| disediakan. Anda boleh klik link itu, jika anda tidak mahu lagi membaca blog di email. 




Tiada ulasan: