Ahad, Mei 31, 2015

Cara Muat Turun (Download) Ebook di Dropbox

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #29)


Bimbingan percuma (Whatsapp/ Telegram) nombor +6737208462 (nombor Brunei)

Info terbaru dari semasa ke semasa di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' di www.norudindraman.blogspot.com

Entry ini saya tulis khas untuk saudara pembaca blog ini yang belum guna Dropbox. Insya Allah, saya akan tambah bahan percuma untuk saudara muat turun dari Dropbox saya. Bahan pertama ini ialah Ebook Percuma: Teknik M.A.K. untuk Didik Anak Hafal Quran.

Apa itu Dropbox?

Dropbox ialah tempat simpan file online. Ia seperti kita ada 'pendrive' maya bersaiz dua gigabit. Istimewanya, pendrive maya (virtual) kita ini, isinya boleh diambil oleh orang lain dari seluruh dunia asalkan ada internet.

Mengapa saya guna Dropbox?

Saya guna Dropbox untuk simpan ebook saya sendiri supaya mudah untuk orang lain ambil (muat turun/ download). 

Mudah kerana orang yang mahu ambil ebook percuma dari saya tidak perlu mendaftar email dan mudah untuk saya tidak perlu menguruskan penghantaran ebook percuma kepada yang berminat.

Bagaimana ambil (muat turun/ download)
ebook di Dropbox?

Dalam entry ini saya tunjukkan dua cara berbeza untuk muat turun ebook di Dropbox. 

1. Cara muat turun guna komputer (desktop/ laptop).

2. Cara muat turun guna mobile (telefon bimbit/ tablet).

Perlukah mendaftar (sign up) di Dropbox
untuk muat turun ebook?

Tidak perlu. Jika hanya untuk muat turun ebook, anda tidak perlu mendaftar (sign up) di Dropbox. Boleh muat turun sahaja. Ini adalah sebab mengapa saya gunakan Dropbox untuk berkongsi dengan anda. Sebab ia mudah tidak perlu daftar atau install.

Cara muat turun guna komputer
(desktop/ laptop)

1. Lepas anda KLIK (buka) link http://bitly.com/ebookteknikmakAnda akan dibawa ke halaman ini. Lihat di atas sebelah kanan. Ada kotak biru ||Download||. Klik kotak ||Download|| itu, akan ada dua pilihan. Klik pilihan atas iaitu ||Direct download||


2. Satu pop-up window (tetingkap kecil) akan muncul. Anda tidak perlu isi borang pada tetingkap itu. Klik pada ayat di bawah itu ||No, thanks. Continue to download||

3. Selepas anda klik ayat ||No, thanks. Continue to download|| tadi, proses muat turun (dowload) bermula secara automatik. Tempoh proses ini dalam 15-30 saat sahaja, ikut kelajuan internet saya. Tapi jika kelajuan internet sederhana pun, proses download ini tidak sampai lima minit. Insya Allah.



Cara muat turun guna mobile
(telefon bimbit/  tablet)

1. Lepas anda KLIK (buka) link http://bitly.com/ebookteknikmakAnda akan dibawa ke halaman ini. Untuk mobile. Tidak perlu anda install Dropbox. Boleh terus download saja. Tekan butang download di atas kanan skrin.

2. Butang download atas kanan skrin ialah icon ini:


3. Lepas tekan butang download keluar dua pilihan. Pilih ||DIRECT DOWNLOAD||


4. Lepas tekan ||Direct Download|| proses muat turun bermula.


5. Proses download tak sampai 20 saat.


6. Yah. Dah boleh baca. Tak perlu install or sign up dropbox. Download saja tak sampai seminit dalam 20 saat saja. (^_<)√


7. Jika dalam telefon anda ebook jadi kecil, tekan butang view dan pilih paparan ||Text Reflow||.


8. Dengan paparan ||Text Reflow|| ebook akan jadi besar. Hehe ;)

Tiada ulasan: