Selasa, Mei 26, 2015

Cara Cerita Tentang Dajjal: Beza Teknik Kepada Anak Lelaki dan Anak Perempuan

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #26)

Untuk sertai, hantar mesej
|Dah Baca Quran Belum?|
ke nombor
+6737208462

Soalan dari grup Whatsapp 
'Dah Baca Quran Belum?'
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Rakan-rakan yang dirahmati Allah.
Bolehkah sekiranya saya nak berkongsi persoalan yang diajukan oleh anak didik saya? Saya kurang arif untuk menjawab persoalan sebegini, dan memerlukan laras bahasa yang mudah difahami oleh mereka.  Harap rakan-rakan sudilah membantu ya :)

Persoalannya ialah:
1. knpa. wujudnya dajjal?

 2. kmudian bila dunia akhir zaman akn berlaku nya perpecahan dan puak yg akn menentangi.

3. knpa allah biarkn masa 40hr utk nabi isa turun mnentanginya?

 4.knpa tak masa tu je? ُ

Jazakumullahu khairan kathiro ;)

Dalam entry ini saya berkongsi jawapan saya untuk soalan dalam grup Whatspp 'Dah Baca Quran Belum?' seperti yang saudara baca dalam petikan di atas.

Jum kita usaha 
'Walk the Talk'.

Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran
1. Fitrah anak suka benda bersifat fantasi yang amazing dan 'oh wow bestnya'. 'Oh wow ajaib tu Umi'. Contoh la kan. Hehe. 

2. Anak-anak bijak suka bertanya. Tapi ai chobaannya ada soalan yang kita akan urut dada 'Alahai tingginya soalan anak ayah ni'. Hehe 

3. Jika tak dapat jawab secara langsung, usaha ambil kesempatan itu untuk cerita perkara yang berkaitan.


Nota Didik Anak Pintar 
Dengan Al Quran
Tidak semua soalan anak kita dapat jawab dengan tepat. Namun, setiap soalan anak mesti kita jawab.

Okay. Balik kepada soalan tadi.

Dapat soalan macam tu dari anak or murid adalah kesempatan untuk cerita tentang Dajjal dan surah Al-Kahfi. 

Baiklah, katakan kita sebagai guru, ibu dan bapa tak mampu nak jawab soalan tu. Jadi, boleh cuba ceritakan intisari surah Al-Kahfi kepada anak.

Kenapa surah Al-Kahfi?

Kita cuba kaedah Ibnu Khaldun (ajar anak dengan contoh yang jelas dan nyata).

1. Untuk anak lelaki

Anak lelaki suka permaianan macam senapang, pistol game perang game tembak-tembak kan? 

So, untuk anak lelaki beritahu mereka surah Al-kahfi ialah senjata orang Islam untuk lawan Dajjal. Kita namakan senjata itu AK-10. (Al-Kahfi 10 ayat awal 10 ayat akhir yang kita disuruh amalkan untuk hindari fitnah Dajjal). 

Mungkin boleh bawa anak Google gambar AK-47/74/12 (senjata). Bawa anak tengok gambar dan video kemusnahan akibat perang. Dan beritahu anak itulah antara contoh kejahatan Dajjal dan puak-puaknya.

2. Untuk anak perempuan

Saya perhatikan murid perempuan sekarang suka dengan kamera dan gambar. So mungkin boleh cuba kaitkan Dajjal dengan foto dan pelancongan.

Ceritakan kepada anak, bahawa Dajjal ada kebolehan bergerak sekelip mata ke mana-mana tempat di dunia ni. 
"Tapi kalau Dajjal nak bawa Ennur (contoh nama anak perempuan) pergi Paris dalam sekelip mata sampai nak tak?" 
So perbualan kita akan depend on jawapan anak. So ini kesempatan untuk nasihatkan anak perempuan jangan mudah terpedaya dengan sesuatu yang hebat dan kacak. Sebab Dajjal hebat dapat travel dalam masa singkat tapi Dajjal adalah musuh.

Contoh lagi. Beritahu anak, zaman kita dulu kalau duduk jauh dengan family, kita ambil gambar perlu pos kepada family, baru family boleh tengok gambar tu. Tapi sekarang tak susah lagi macam tu. Ambik je gambar post di facebook, whatsapp dan instagram. Anak duduk Sabah, mak ayah duduk Kelantan pun jam jam tu jugak boleh tengok gambar tu.

Macam tu lah dunia ini berkembang. Sekarang paling laju pun nak melancong guna kapal terbang. Mungkin pada era Dajjal nanti sudah ada kenderaan yang super laju boleh travel sekelip mata.
Insya Allah. Untuk intisari surah Al-Kahfi rakan-rakan boleh rujuk sendiri ya. Ambil dan cari kesempatan untuk cerita kepada anak tentang intisari Surah Al-Kahfi. Then masa cerita tu carilah cara yang kreatif, yang on perasaan teruja anak dan sesuai dengan jantina anak. 
Semoga bermanfaat. Selamat malam ;)

Grup Whatsapp
'Dah Baca Quran Belum?'
Untuk sertai. Hantar mesej
|Dah Baca Quran Belum?|
ke nombor
+6737208462

Tiada ulasan: