Sabtu, Mei 16, 2015

Berumah Di Tanah Ilmu

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #11)
(KLIK SINI untuk baca puisi saya berjudul 'Terima Kasih, Cikgu!')
Saya juga suka menulis puisi. Ada masanya saya tulis ayat-ayat pendek di telefon bimbit. Kemudian pada waktu lapang, saya perhalusi menjadi sebuah puisi. Malah, sebuah novel yang saya tulis sejak bulan November 2014 yang lalu, bermula dari sebuah puisi kemudian menjadi cerpen dan saya panjangkan menjadi novel.

Insya Allah, di 'Jurnal Online UstazCahaya' saya menulis juga tentang minat saya dalam bidang penulisan kreatif. Di blog ini, kita fokus kepada perkongsian tentang pendidikan agama Islam dan Al-Quran kepada kanak-kanak.

Kebetulan, hari ini sambutan Hari Guru Malaysia. Dalam entri ini saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada guru blog saya Puan Anys Idayu Zakaria yang membantu saya analisa diri untuk blog. Alhamdulillah, rupa-rupanya ada bahagian dari usia saya yang menghampiri 35 tahun tiga bulan lagi; ada sedikit dari pengalaman yang Insya Allah boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi di blog ini.

Penghargaan dan terima kasih saya juga kepada Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah. Alhamdulillah, sekali lagi saya berpeluang untuk 'berguru' dengan Kak Masayu selepas lima tahun yang lalu, Kak Masayu membimbing saya menukarkan blog menjadi buku.

Sebagai menutup entri ini, saya kongsikan di sini sebuah karya 'lukisan digital' (yang seadanya dari saya) yang saya simpan sejak tahun lalu (2014). Dalam lukisan ini, saya catatkan sebuah puisi saya berjudul 'Sebuah Rumah Di Tanah Ilmu'.

Selamat 'menikmatinya' semoga ada manfaat untuk kita bersama.
Salam Hari Guru dari saya. :)



~ Sebuah Rumah Di Tanah Ilmu ~*
Bina sebuah rumah,
di atas tanah ILMU.

Tiangnya adalah IKHLAS,
Lantainya adalah ISTIQAMAH,
Dindingnya adalah QANAAH,
Bumbungnya adalah SABAR.

Berpagar rumah itu dengan WARAK,
berhias taman CINTA KASIH SAYANG.

Jadilah rumah itu sebuah
TAMAN SYURGA di dunia,
membawa penghuninya
ke SYURGA SEBENAR di akhirat sana.

Norudin Draman UstazCahaya
26 April 2014
Negara Brunei Darussalam.


Tiada ulasan: