Sabtu, Mei 23, 2015

Al-Quran Sudoku: Puzzle Bantu Mengajar Al-Quran Kepada Anak Di Rumah (Bahagian 1)

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #23)


(Contoh Puzzle Al-Quran Sudoku)
Apa itu Al-Quran Sudoku?


Al-Quran Sudoku ialah puzzle sudoku. Bezanya, sudoku menggunakan nombor 1-9 manakala Al-Quran Sudoku menggunakan huruf Al-Quran. KLIK SINI untuk baca bagaimana saya mula menggunakan puzzle ini dalam proses mengajar Al-Quran.

Perlu faham sudoku dulu


Pertama, untuk guna puzzle Al-Quran Sudoku ini, kita perlu faham sudoku dulu. Faham sahaja tak perlu main sudoku tapi kalau nak main boleh juga. Hehe. Sudoku adalah permainan minda yang baik baik untuk akal.

Jum faham sudoku: Apa Sudoku?

(Siapa yang sudah faham sudoku, boleh skip bahagian ini)


Sudoku adalah satu permainan minda dari Jepun. Anda yang mahu cuba boleh download di Google Playstore atau download percuma dari internet.

1. Satu puzzle segiempat tepat yang ada 9 bahagian. 
Dalam setiap bahagian ada 9 kotak kecil.



2. Dalam setiap bahagian ada nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. 



3. Perhatikan dua gambar di atas. Satu puzzle sudoku ada 9 x 9 kotak kecil. 



4. Dalam setiap barisan kiri ke kanan ada nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. 



5. Dalam setiap baris atas ke bawah ada nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9.



Untuk guna Al-Quran Sudoku (aktiviti mewarna), cukup faham asas ini sahaja. Hanya guru, ibu dan bapa sahaja perlu faham ini. Anak-anak tidak perlu faham ini. Insya Allah, anak-anak akan faham semasa mereka bermain (mewarna).


Jika anda tidak mahu ketinggalan

Insya Allah, helaian puzzle Al-Quran Sudoku ini akan saya beri percuma dari masa ke masa.

Jika anda berminat dan tidak mahu ketinggalan, anda boleh aktifkan kemudahan email rss di blog ini. Jadi, artikel terbaru dari blog ini akan dihantar ke email anda.



KLIK SINI untuk info tentang baca di email blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran'.

Tiada ulasan: