Rabu, Mei 20, 2015

Tujuh (7) Kebaikan Baca Blog di Email

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #16)




Maksud baca blog di email ialah, kita baca post terbaharu dari sebuah blog hanya di peti email kita. Kemudahan baca blog di email disediakan oleh Feedburner. Dengan mengaktifkan perkhidmatan ini pada sesebuah blog, Feedburner akan hantar post terbaharu dari blog itu ke email kita.

Blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' ada menyediakan contoh kemudahan baca Blog Masak Dengan Kamera di email. Anda boleh lihat contoh itu dengan KLIK SINI

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi tentang kebaikan-kebaikan yang kita dapat dengan menggunakan kemudahan baca blog di email. Berikut sekadar tujuh kebaikan yang saya alami sendiri dengan baca blog di email.

1. Menjimatkan penggunaan data internet.

Ini adalah SEBAB UTAMA untuk baca blog di email. Mudah difahami begini; Kuota data internet kita lebih besar 'dimakan' jika kita melayari laman web termasuk blog. Jika kita baca blog kegemaran kita di email, kuota data kita hanya dipotong seperti menggunakan email. 

Apa yang kita baca tetap sama. Bezanya di email kita cuma 'baca' artikel/ post blog. Jika baca di blog, kuota data kita 'dimakan' lebih banyak untuk loading blog tersebut dengan segala isinya yang pelbagai termasuk komen daripada pembaca lain.

2. Menjimatkan masa.

Kemudahan baca email di blog sangat menjimatkan masa. Antara sebabnya ialah, kita hanya fokus baca artikel yang dihantar ke email kita. Jika perlu, barulah kita membuka blog itu untuk komen atau melihat perbincangan dari pelawat yang lain. Mungkin juga, ada pemberian dari blog tersebut yang memerlukan kita ke blog tersebut.

3. Mengelakkan lupa.

Jika kita menjumpai blog yang baik dan menepati keperluan kita, adalah baik untuk kita gunakan kemudahan dari Feedburner ini. (Kebanyakan blogger dan blog yang baik ada menyediakan kemudahan Feedburner). Ia boleh mengelakkan kita lupa akan blog yang baik itu. 

Tentu kita pernah mengalaminya. Kita pernah baca satu blog yang best. Kemudian, bila "nak baca balek tapi lupa blog mana". Hehe ;)

4. Mengelakkan pembaziran masa.

Dengan baca blog kegemaran kita di email, kita boleh mengelakkan pembaziran masa. Ya la kan. Jika baca di blog, kita akan terpanggil untuk baca komen atau baca artikel yang lain atau klik pada iklan yang kita lihat. Ha, kan lebih banyak masa kita sudah dicuri di situ. Seperti kata pepatah, 'lebih baik mengelak daripada mengubati'. Jadi, gunakan kemudahan Feedburner untuk baca blog di email dan kita hanya fokus pada baca artikel yang dihantar ke email kita.

5. Tidak ketinggalan.

Mungkin ada sesuatu yang kita tidak mahu ketinggalan dari sesebuah blog. Contohnya artikel bersiri, panduan atau tutorial yang diberikan tahap demi tahap, pelancaran produk dan sebagainya. Dengan menggunakan kemudahan Feedburner, Insya Allah, kita tidak akan ketinggalan. Kemudahan ini boleh juga disamakan seperti reminder, cuma ia hanya untuk blog.

6. Memudahkan menyimpan maklumat.

Di email Google (Gmail), kita boleh buat label untuk email masuk. Ia seperti folder dalam komputer kita. Dengan menggunakan Feedburner untuk baca blog, kita boleh buat label-label untuk blog kesukaan kita. Kita juga boleh copy paste text email itu pada Microsoft Word atau notepad untuk disimpan dalam peranti (gadget) kita yang lain.

7. Memudahkan membuat rujukan.

Dengan adanya label atau salinan dokumen (Word, text, notepad dan sebagainya), kita lebih mudah mencari maklumat dan membuat rujukan bila kita memerlukan. Namun ada syaratnya. Syaratnya ialah, urus dengan cara yang betul label dalam peti email dan folder dalam komputer juga peranti kita yang lain seperti telefon bimbit dan tablet.


Blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' ada menyediakan kemudahan ini. Anda hanya perlu masukkan alamat email anda dalam kotak yang disediakan di tepi kanan (sidebar) blog ini ->>
KLIK SINI untuk tunjuk cara langkah demi langkah mengaktifkan kemudahan 'Baca Blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' Di Email'.

Tiada ulasan: