Selasa, Jun 16, 2015

BELI BUKU SAYA

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #45)




Jika anda berminat untuk memiliki buku REFORMAT HATIMU DALAM 354 HARI boleh hubungi saya, Norudin Draman UstazCahaya di talian berikut Whatsapp / Telegram: +6737208462 
(nombor Brunei) SMS sahaja: 016-8472303 
(nombor DiGi Malaysia)


BELI BUKU SAYA

dengan tandatangan, ucapan dan nama anda 
ditulis di bahagian dedikasi 
(halaman awal depan buku)

Judul:

Reformat Hatimu Dalam 354 Hari

Penulis:

Norudin Draman UstazCahaya
(saya la. He he J)

Editor:

Siti Zarinah Husain (KARANGKRAF)

Penerbit:

KARANGKRAF

Harga:

RM25 (termasuk pos)

Jika anda berminat untuk memiliki buku REFORMAT HATIMU DALAM 354 HARI boleh hubungi saya, Norudin Draman UstazCahaya di talian berikut Whatsapp / Telegram: +6737208462 
(nombor Brunei) SMS sahaja: 016-8472303 
(nombor DiGi Malaysia)



Sinopsis:

Ini adalah buku motivasi berorientasikan Ramadan yang sesuai dibaca dan diamalkan kandungannya sepanjang tahun.

Selalu dikatakan Ramadan adalah madrasah tempat mendidik, memperbaiki dan membersihkan diri.

Dikatakan juga, Ramadan adalah masa untuk memulakan kehidupan yang baru. Ramai berazam untuk menjadikan Ramadan sebagai titik tolak perubahan dalam keperibadian dan kehidupan mereka.

Boleh juga dikatakan, Ramadan adalah bulan ramai orang menjadi baik. Bulan yang paling ramai orang melakukan ibadat wajib mahupun sunat walaupun ramai tidak melakukannya pada bulan-bulan lain.

Ramai yang berjaya menjadi baik dan hebat semasa bulan Ramadan, tetapi tidak ramai dapat mempertahankan ‘kebaikan’ dan ‘kehebatan’ mereka setelah keluar daripada bulan tersebut.

Insya-Allah, buku Reformat Hati mu Dalam 354 Hari diusahakan untuk membantu pembaca mempertahankan ‘kebaikan’ dan ‘kehebatan’ mereka sehingga 324 hari selepas bulan Ramadan.

(Jumlah hari dalam satu tahun kalendar hijrah ialah 354/355 hari. Jumlah hari dalam bulan Ramadan setiap tahun kebiasaannya berjumlah 30 hari. Bermaksud, tempoh antara dua Ramadan adalah lebih kurang 324 hari).

Buku ini merupakan bahan bacaan tentang Ramadan yang boleh dibaca sepanjang tahun. Sama seperti buah kurma yang merupakan makanan (buah) yang sinonim dengan bulan Ramadan.

Bagaimanapun, kurma boleh juga dimakan pada bulan selain Ramadan malah diakui kurma adalah makanan yang baik untuk kesihatan.
Norudin Draman : Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran

Sabtu, Jun 06, 2015

Tuk Nabalu dan Si Tahu-tahu

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #44)




الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ
قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila 
ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
- sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA kami kembali.

(Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 156)

Pagi semalam, Jumaat bertarikh 5 Jun 2015; negara kita Malaysia dikejutkan dengan khabar duka. Khabar bencana gempa bumi yang melanda negeri Sabah. Negeri yang kita gelar sebagai Negeri Di Bawah Bayu.

Waktu berlaku bencana seperti ini merupakan kesempatan untuk kita mendidik anak dengan kesedaran tentang kekuasaan Allah SWT dan tentang hidup dan mati kita sebagai manusia.

Insya Allah, dalam entry ini saya berkongsi sedikit panduan untuk kita bercerita tentang musibah dan bencana kepada anak-anak. Semoga, anak-anak kita membesar menjadi insan yang prihatin, yang selalu ingat kepada musibah dan kematian dan selalu sedar dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.

1. Ajar anak ayat 156 dalam surah Al-Baqarah

Ketika mendengar berita kematian dan musibah, ajarkan anak tentang ayat 156 dalam surah Al-Baqarah. Juga, biasakan anak mengucapkan:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA kami kembali)


Tanamkan dalam diri anak tentang kekuasaan Allah untuk melakukan apa sahaja. Dalam masa sama, bentuk kepercayaan anak bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Semenjak usia awal anak kita bentuk dengan sifat reda, berani, sabar dan mencari hikmah di sebalik setiap kejadian.
(Saya dan adik bongsu kesayangan di Gunung Kinabalu pada tahun 2013)
2. Tuk Nabalu dan Si Tahu-tahu

Dalam masyarakat Brunei ada istilah 'Si Tahu-tahu', iaitu gelaran yang diberikan kepada orang yang suka menunjuk pandai dan tidak mahu kalah. Setiap apa yang kita cerita, dia tidak pernah tidak tahu. Semuanya dia tahu, lalu mendapat gelaran 'Si Tahu-tahu'. Hehe J

Dalam mendidik anak, kita tidak boleh menjadi 'Si Tahu-tahu'. Namun, kita perlu tahu mengolah pengetahuan yang mudah-mudah tetapi menarik bagi anak. Malah, bukan sahaja menarik perhatian anak; infomarsi dan pengetahuan kita yang 'mudah-mudah sahaja' boleh membantu kita dalam mendidik anak-anak. Insya Allah.

Contohnya, dari petikan berita ini:
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini. 
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Paling tidak kita dapat bercerita kepada anak tentang pengetahuan yang mudah-mudah seperti tentang geografi (bahagian dan daerah di negeri Sabah), apa itu skala, apa itu richter apa itu magnitud apa itu gempa dan lain sebagainya yang mudah-mudah tetapi merupakan ilmu berharga kepada anak kita.

(Saya di pekan Nabalu yang terletak di kaki Gunung Kinabalu)
3. Boleh ceritakan kisah dongeng kepada anak tetapi dengan syarat....

Tidak salah untuk kita menceritakan kisah dongeng kepada anak. Contohnya dongeng tentang asal usul nama Gunung Kinabalu. Diceritakan bahawa nama Kinabalu itu adalah berasal dari nama Aki (datuk) dan Nabalu (nama sebuah pekan di kaki Gunung Kinabalu.

Kanak-kanak suka cerita dongeng. Alangkan cerita dongeng kanak-kanak yang popular malah banyak yang berasal dari barat. Dongeng dan fantasi sebenarnya membangunkan jiwa dan minda anak-anak. Di dalam Al-Quran juga ada kisah-kisah yang melangkaui logik manusia contohnya kisah pemuda Al-Kahfi.

Pun begitu, ketika menceritakan kisah dongeng kepada anak; jangan lupa beritahu anak bahawa kenyataannya dongeng adalah fantasi yang tidak benar. Melainkan cerita-cerita dalam Al-Quran. Hasilnya, kita bukan sahaja tidak menyekat naluri kanak-kanak yang suka kepada dongeng dan fantasi; malah kita memberi anak input yang lebih baik.

Insya Allah, dengan cara yang betul dan baik; apa sahaja peristiwa yang berlaku di seluruh dunia boleh kita kaitkan dengan pendidikan anak. Sekurang-kurangnya, dari musibah yang melanda negeri Sabah, kita dapat;
1. Mendidik kecerdasan alam dan manusia kepada anak.
2. Mendidik kecerdasan wujud dalam diri anak iaitu kewujudan Allah SWT Yang Maha Kuasa, adanya hidup selepas mati dan adanya bahaya dan musibah di bumi ini.
3. Membentuk kecerdasan sosial dalam diri anak dengan melatih anak mengambil tahu kesusahan orang lain. Apatah lagi bencana yang berlaku adalah dalam negara kita sendiri.
(*Tiga kecerdasan di atas adalah daripada senarai lapan kecerdasan yang perlu kita didik dalam diri kanak-kanak menurut Howard Gardner, seorang tokoh pendidikan kanak-kanak di Harvard Universiti di Amerika Syarikat - 1988).

Khamis, Jun 04, 2015

Mari Kita Bantu Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran

TEKS : NORUDIN DRAMAN
FOTO : NORUDIN DRAMAN
(Entry #43)

Mari KIta Bantu 
Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran 

Salam malam Jumaat yang barokah saudaraku yang dikasihi Allah.

Saya perlukan bantuan saudara berkaitan Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran

Apa yang boleh saudara bantu saya?

KLIK TIGA (3) setting ini di page Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran:

1. Get Notification.
2. Following.
3. Add to Interest Lists.

Bantu juga jemput rakan-rakan Facebook saudara ke page Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran.

Mengapa perlu bantu?

Seperti mana yang kita sedia maklum, Facebook ada syarat dan terma mereka berkaitan fanpage. Tidak semua update dari fanpage yang kita minat akan keluar di wall Facebook.

Penuhlah nanti Notifications saya?

Insya Allah. Setiap hari paling banyak pun saya cuma post LIMA (5) update di page Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran.

Itu paling banyak. Biasa cuma 1 ke 3 updates sahaja setiap hari.

Jika update saya adalah perkara yang saudara sudah tahu dan mahir, mungkin boleh kongsi kepada orang lain yang belum tahu.

Atau, paling tidakpun boleh cuma abaikan sahaja update yang tidak menarik perhatian anda.

Apa perlunya Following dan Add to Interest List?

Perlunya adalah untuk 'memberitahu' Facebook supaya updates dari Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran keluar di wall Facebook saudara.

Apa yang diupdates di Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran?

Insya Allah di page Teknik MAK untuk Didik Anak Hafal Quran, saya akan berkongsi panduan dan tip untuk didik anak dengan hafalan ayat Al-Quran, hadis Nabi Muhammad (SAW) dan doa-doa.

Perkongsian saya Insya Allah dari pelbagai sumber yang saya yakini benar dan baik.

Mari, kita bantu membantu dalam kebaikan sempena malam Jumaat yang barokah ini.


Alangkan senyum dikira sedekah, begitulah juga setiap bantu membantu dalam kebaikan juga dikira sedekah. Insya Allah ;)